bertukar betuk

aah…semalam aku ada free time. jadi, aku pun ajak teman pegi bandar utama untuk pegi tengok citer trensformer (gambar diatas). aku tunggu lama sikit untuk tengok citer ni sebab nak kasi crowd susut dulu. nak tengok awal-awal, mampus tak dapat seat best. lagipun, cerita ni ‘wet dream’ setiap penggemar model aksi trensformer. sudah tentu memasing tanak lepas tengok.

pendapat aku? uh…boleh la. nampak gaya kat ending dia nak ada sambungan. sambung le bape banyak pun, mesti ada orang pegi tengok punya. michael bay memang suke menggempakkan citer dia. anyway, lakonan budak dari siri even stevens tu ok. lawak dia masih ada. tengok pulak lepas ni dia berlakon citer indiana jones camne.

dah. tu je kut. sakit perut aku masih jelas. mungkin sebab makan teppanyaki semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *