empat

hmm…aku baru je balik dari tengok citer mati keras, edisi keempat dengan teman. citer tamat kul satu lebih. pastu esok nak keje. ah ye, memang bagus. btw, saja baru tengok sekarang. lagipun aku ada season pass lebih. nak kasi habiskan tiket free. rugi nanti. kali ni, kiterang cari panggung yang belum pernah pegi. tukar angin sikit.

pendapat aku? bolehlaa…takde la syok gile babi sampai muntah hijau ke hape. jalan citer original dan agak ok. cgi bersepah-sepah (dah mestinya). aksi boleh tahan, tapi takde nudity dan bab yang kurang logik tu memang banyak. tapi apa penuntun pedulik. citer omputeh, semuanya tidak mustahil. cuma pada edisi keempat ni, dia takde kesinambungan sangat dengan edisi-edisi sebelumnya. so, kalau tak tengok citer sebelum pun takpe. masih boleh paham.

kalau nak ikutkan, aku layan citer ni masa kecik-kecik dulu dari edisi satu sampai tiga dan kemudian empat ni, aku lebih suka 3. side-kick dia samuel l jackson. bruce dengan mamat nih memang otai skrin. memang best. mencarut tak berenti-renti sampai habis citer. lagipun no. 3, cgi dia tak banyak. nampak old skool. sebab tu aku ada simpan trilogi citer ni. bosan-bosan boleh layan.

selain tu, aku ada gak gi tengok citer harry potter tuh. tapi malas nak citer pendapat sebab tak best langsung. banyak sangat bercakap kut. okeh. dah, tido-tido. bangun lambat kang sesia je.

2 thoughts on “empat

  1. die hard 5 nanti derang akan amik aku jadi hero dan bruce willis jadi side kick…hahahhaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *