jauh

aku kena gi kelang semalam, ambik barang aku kat satu kompeni international nih. disebabkan aku hany boleh gerak ke sana dalam pukul 6:30 petang, boss diorang kata tak kisah dan boleh tunggu aku. ok lah kan? sesampainya aku kat sana, dan-dan diorang dah balik. tinggal pekerja-pekerja bawahan dia aje. so, aku tak boleh ambik barang aku. huk aler, sial punye kompeni. punye la aku penat-penat drive, dengan traffic jam lagi, dia sesuka hati boleh blah? tak ble tunggu, watpe janji? sial. bodoh. hish.

tapi memandangkan aku kat sana, member aku pulak tarik aku ke tempat dia. nak mintak tolong setupkan router cisco series 2800. dia kata tak boleh connect ke internet. haish. aku belajar dulu model zaman batu. pening, pening. nasib baik le aku dapat buat dengan yakin dan jaya. rtfm la brader. esoknya dia kata, setting internet diorang lebih laju daripada biasa. oh, ye ke? ok. he he he…

perasan gambar diatas? lawa tak jam windows aku? he he he…jangan jeles ok. kalau nak, donlot sendiri kat sini. kalau malas, search lclock.

2 thoughts on “jauh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *