tak diajar

nyeh, nyeh. aku cuti semalam. cuti berbayar tahu. he he he. tapi dapat rilek sekejap je sebab ada kerja lain.

memule aku pergi setelkan hal bank aku. problem plak. pastu petang gi jumpe teman. memula aku gi teman dia kat shah alam sebab dia ada hal kat situ. pastu dia teman aku ke kelang pulak sebab aku ada hal kat situ. kalau ada masa, ingat nak pegi makan ikan bakar. tapi tak sempat sebab kiterang nak pergi fitness first kat seksyen 13. sekali sekala senaman. bagus ape? heh.

habis semua hal, kiterang gi jalan putrajaya. saja buang masa kat situ. masa tengah lepak kat dataran putrajaya, aku perasan satu aje la. guard-guard kat situ bodoh-bodoh belaka. memang, tempat tu close pukul 12 tengah malam. tapi adeke pergi halau orang-orang yang datang melawat, tourist-tourist kat situ dengan wisel dan laser pointer. ape ingat kambing ke orang-orang tu? ada family datang dari jauh, lepak-lepak. bukan semua tahu tempat tu close tengah malam. tak boleh ke buat announcement pakai loud-hailer ataupun cakap baik-baik. aku tengok dari jauh ingat nak belasah aje si-bodoh tu semua dengan besi lock stereng ni. ish. ni la dia masyarakat pak lah. kurang ajar. takde otak.

abis kat situ, malam sebelumnya, aku lepak dengan teman lagi. dia kasi aku hadiah kemeja. he he he…lawa gile. sayang pulak aku nak bukak dari plastik. lepas tu, kiterang pegi makan sizzling steak kat kampung pandan. aku panas satu aje la kat situ. dia punye makcik yang amik order tuh nak insist aku bayar tepat, kononnya tak nak amik duit baki kat dalam. hek eleh. suka hati aku le nak bayar berapa ringgit pun. kalau harga rm12 tapi aku ada rm50 je, pegi la cari duit baki. pemalas macam babi. ni duk ushar-ushar wallet aku nak tengok duit aku. sial. hish.

sori ye, teremo plak. dah, nak tido.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *