memang blank. apa yang akan korang buat, kalau termengalami situasi yang seperti ini. katakanlah korang kenal sorang member nih. bagi dia nama ‘abc’. dia bekerja sebagai seorang wartawan. bekerja undercover kat sebuah kompeni besar dengan harapan untuk dekat dengan boss besar, kumpul rahsia dia dan akhirnya membongkarkan rahsia boss kepada media. dimana tindakan ‘abc’ itu akan sekaligus memusnahkan karier dan hidup boss tersebut.
alasan ‘abc’ untuk memusnahkan karier boss tu adalah kerana menganggap bahawa boss tu telah berkonspirasi membunuh kawan baik ‘abc’ nih dengan kejam. tetapi pada akhirnya, rupa-rupanya yang membunuh kawan baik ‘abc’ itu adalah ‘abc’ sendiri kerana tidak tahan dengan perangai kawan baiknya yang selalu mengugut ‘abc’ sebab pada waktu dahulu, dia ternampak ‘abc’ dan emak ‘abc’ membunuh ayah ‘abc’ lalu menanamnya dibelakang rumah.
alasan ayah ‘abc’ dibunuh? mereka tak tahan lagi didera. kita sangkakan ‘abc’ seorang yang innocent tetapi berdarah sejuk (cold blooded. lol), kerna dengan selamba kataknya membunuh kawan baiknya dan juga seorang rakan lelaki yang telah mengantoi ‘abc’ kerana ‘abc’ masih belum mahir membuat modus operandi ‘the perfect crime’. setelah membunuh, dengan selambanya dia berlakun innocent dihadapan pihak berkuasa. bagaimana? camna mahu buat?