membaca

hah. puasa. dah masuk hari ke dua. agak terkilan sebab tak dapat berbuka dengan family pada hari pertama, tapi tak apa. ada banyak lagi hari yang boleh digunakan. cuma diharap kali ni kalau pegi pasar juadah tu, jangan pikir selera perut je nak angkut semua macam tahun-tahun yang lepas. he he he. sampai kembung perut pastu tido. lol.

aku baru je ambik ‘permainan’ baru aku haritu. jauh gile tempat dia. hulu subang sana nun. saja seronok-seronok buat koding untuk pembaca mykad. aku ingat nak idupkan balik hobi aku ni, buat koding. ntah, rasa macam aman pulak kalau aku menaip natang tuh walaupun masa belajar dulu, punyelah benci.

dah, aku takde idea. kepala aku ingat air soya dengan air tebu aje. selamat berpuasa buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *