nipiskan rambut

bila aku bangun pagi dan terasa rimas di kepala, masa itu lah aku tahu yang waktu potong rambut sudah sampai. aku ingat nak simpan bagi panjang macam anuar zain (weweitt), tapi rupa-rupanya aku malas. aku tahu bos aku notice yang rambut aku panjang tapi dia tak sebut apa-apa sebab aku cool. tapi memandangkan ni bukannye waktu sekolah lagi, untuk tidak mensia-siakan kekebalan yang diberi, aku pun pegi lah potong rambut.

sampai kedai biasa, sekali dia tutup pulakk…adeh pemalas sungguh kamu ini. jadi aku pusing-pusing dan akhirnya terjumpa satu kedai dan menggangu tuan dia yang tengah tengok tv. aku kata nak trim rambut nih. kire kasi kemas ah. aku borak sket dengan dia pastu aku terlelap kejap. mengantuk beb, baru balik kerja. terjaga aku tengok dia pegi potong rambut aku nak macam stail hitler. hoh??!! sieg heil. mein fuhrer!. apa yang kurang misai je. aku suruh dia betulkan sket dan akhirnya kena dengan stail yang aku nak. hoh.

aku baru je habis baca buku “the divine comedy” oleh dante alighieri. buku ni pasal, err…ah kalau nak tahu gugel sendiri. maybe lepas ni aku nak try “mein kampf”.

okeh, tu aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *