Press "Enter" to skip to content

Month: November 2007

dateline

dalam satu kotak penedol activ-fast tu, aku rasa dah telan 1/5 papan dalam masa kurang dari 3 hari. fuih, ekstrim tuh. mamposs…ni semua sebab boss aku punye pasal. proposal 8 minggu time tapi lusa nak hantar baru dia suruh buat. wtfakkk??? aku tengah biol ni lalu meng’pause’ kan diri sambil menaip entry nih sambil minum kopi o yang dibuat oleh aku dengan penuh rasa keasyikkan walaupun haritu doktor warning aku jangan minum benda berkafein untuk kurangkan level kolestrol. tapi doc, the best kind of food are the one with the high fat and high cholestrol. hish, mau mati ka?

anyways, aku terpaksa le meng’mc’ kan diri selasa aritu. sakit kepala gila-gila punye. bangun tengahari lalu aku terus pergi betulkan kereta aku memandangkan haritu ajelah hari yang aku free. walaupun beratus-ratus habis, aku puas hati sebab separuh jalan dah siap. tinggal beberapa benda minor je lagi. itu kena tunggu budget bulan depan lah kut. kalau ikut napsu, mau aje aku habiskan semua. tapi kang, ada lunch hisap gula-gula hacks pulak nanti. tak shiok le.

oh ye. ada la satu hari yang lepas, aku lepak area bandar ampang. lalu aku pun pergi ke maybank sebab nak ambik duit. sambil beratur menunggu chilake kat mesin atm tu yang ambik masa berzaman nak keluar duit (seriously wtf? nak keluarkan duit pun susah ke? tekan nombor pin, masukkan nilai wang pastu tunggu. perlu ke nak cuba semua butang kat atm tu? adehh), aku terdengar minah kat belakang aku berbisik-bisik dengan kawan dia. aku pandang sebelah. oh, rupa-rupanya kat line sebelah ada mamat yang berlakon tu, err…nama dia pierre andre. tak hensem pun. muke cam beruk.

aku tak layan sangat artis baru ni, jadi aku wat tak tahu je. pastu tiba satu adegan yang amat fakkk. orang kat depan aku ni kawan si pierre tuh. sekali dia boleh potong line aku, menempek dengan member dia untuk keluarkan duit. aku tak dapat tahan aku punye silence lalu terkeluar dari mulut aku, “eh, what the fuck?”. cam biasa lah, dia mesti buat bodo. hesh, temper sungguh. kalau tak disebabkan ada cctv dan polis bantuan dalam bank tu, memang aku dah tangan dah dengan pasu bunga. celaka. ingat dia important sangat ke? aku pun mencarut barang seminit dua untuk menyejukkan hati.

okeh, itu je emo aku untuk hari ini. sekian terima kasih.

1 Comment

tukar angin

emm…amacam weekend? aku? aku takde kat kl lah time weekend. aku balik utara. atau lebih detail, kampung aku kat kulim. aku bawak diri sebab pangga merajuk, lalu emo tak nak terima apa-apa link dari aku. haa haa haaa…anyways, aku pegi sana sebab saudara aku kahwin. jadi, aku kena pegi sana lah, tunjuk muka disamping rewang tolong pakcik aku. lagipun aku kena jadi wakil. well uh, responsibility comes with the territory.

kalau ikutkan, aku nak balik awal. lepas kerja terus gerak. tapi boss aku tahan. dia kata ada orang dari mimos datang dan aku kena buat sales dan close deal dengan mamat tu. sensorang pulak tuh memandangkan boss aku balik lambat ke opis. ahh…tension. orang dah balik, aku duk tercanguk lagi duk buat presentation sampai ke malam. pung pang sana sini, at last dapat jugak close. pukul 9:30 malam. fakk. setel agreement semua, aku terus blah balik rumah, pastu gerak.

satu-satunya benda yang boleh menyelaraskan kewarasan aku dan juga tahap mengantuk aku ialah dengan muzik dari cd haram dan tuhh, ali kafe kopi power root. bertenaga sungguh. aku bawak selaju yang mungkin sebab nak sampai cepat ke seri malaysia. mamat front desk tu ingat aku sampai kul 11 malam. tapi rupa-rupanya 3 pagi. tenaga power root pun cukup-cukup habis time aku sampai. heh.

3 Comments

cair

aku kadang-kadang terlupa. terlupa itu, terlupa ini. jadi untuk mengelakkan daripada terlupa, aku selalu letakkan barang di tempat yang aku boleh nampak dan senang capai. jadi, takdelah tertinggal ke, hilang ke. bende yang menjadi salah satu subjek kat sini ialah kad akses aku. aku tag kan sekali dengan kad touch and go untuk memudahkan aku dan tempat yang aku suka simpan bende ni ialah dalam kereta, yakni glovebox.

alkisah satu hari tuh. aku guna kad akses tapi terlupa pulakk nak simpan dalam glovebox. akibatnya? pendedahan 4 jam kepanasan terlampau menyebabkan kad aku cair sikit. boleh la nampak gegelung elektromagnet kat dalam tu. oh, kad touch and go aku pun cair gak, tapi bleh guna lagi. heh, nasib baik. kalau tak burn duit dalam tuh. moral dia? lain kali jangan lupa dan sila beli tinted cermin yang paling mahal.

sekian, terima kasih.

2 Comments

plastik kosong

hmm…bebaru ni aku pegi buat medical checkup. well, uhh…saja-saja nak tengok. cam biasa, aku kena bagi sampel urine dengan darah. seb baik tak isap candu, kalau tak sesia je nampak dalam test kat urine nanti. tapi, doktor yang duk buat test tu, tua aku rasa dah 50-60 lebih umur dia. tapi still nak kerja. lagipun, klinik tu dia yang punya. tadak hal le kut.

anyways, aku agak tak expect result dia. dia kata so far aku punye result semua ok. pengiraan itu dan ini. tapi satu je dia kata. kolestrol agak tinggi. ehh…wtf? iye kut? aku suke makan. makan plak tu yang best-best aje. ayam goreng lah, burger mekdi lah. eishhh…so, kena la kontrol nih.

emm…satu pertandingan ping pong bawah tanah dibuat oleh ketua triad kerana just for fun. seorang peserta join dengan bantuan fbi untuk menangkap ketua triad. peserta tu jugak nak balas dendam sebab ketua triad tu bunuh ayah dia masa dia kecik. last sekali, ketua triad mati, dan peserta tu dapat gadis idaman dan happy ending. dah, itu jalan cerita balls of fury. ha ha ha…

sekian terima kasih.

1 Comment

makan malam

apa tuh? mee kari yang dah nak habis. itu le dia dinner aku kat klcc tadi. teman datang jumpa aku. jadi aku ajak dia dinner kt food court. teman layan mee ape tah. lupa pulak aku. kekadang aku layan pasta tapi ikut perjanjian dengan member aku, pasta itu wajib pada jumaat. huh huh. anyways, sedap gak le walaupun kuah dia tak pekat sangat macam kat kafe tempat aku kerja.

tapi yang nyatanya, nasi lemak kat kafe tu memang layan. walaupun mahal sket, tak cikai. kadang-kadang kalau teringin, aku pegi layan sensorang, jimat duit. keh keh keh.

emm…oh ye. aritu aku kasi pinjam thumbdrive kat member kerje kat mdec. alih-alih bila aku pakai je kuar pop-up antivirus ni kata dia detect satu. heh, apa la member. kata kerja kat mdec. takkan le antivirus pun tak update. kamon beb. nasib baik anti-virus aku detect virus dalam thumbdrive aku ni. kalau tak naya je.

okeh, tido dulu.

Leave a Comment

masa terluang

macam-macam cara boleh dibuat dengan masa terluang. especially dengan masa cuti hujung minggu. aku? suka duk rumah je, layan csi. weekdays selalu keluar. hujung minggu duk rumah la pulak. rehat-rehatkan badan. kalau ada masa terluang, aku pegi jalan-jalan makan angin. port dickson ke. ataupun kalau diajak, aku pegi la shopping complex tu.

tapi minggu lepas, aku ada kerja kat cyberjaya. aku kena upgrade satu server di sana. pusing punya pusing, cubaan tersebut gagal sebab kekurangan bahan dan juga disebabkan support software yang begitu bodoh sekali. lantas ia menyebabkan aku membazirkan waktu hujung minggu aku yang begitu berharga. ada le beberapa kali aku pergi balik cyberjaya. sungguh membosankan. sungguh membazir.

dah, tu aje. sekian terima kasih.

2 Comments

letih

adeh, pening kepala buat diskusi kat mdec cyberjaya semalam. balik lewat gile. aku ingat boss nak belanja aku makan tapi rupa-rupanya dia pegi bawak aku makan kat open house msc. ceh. melepas makan pasta. tapi pepehal, aku sapu habis-habisan kat open house tuh. kambung ke, nasik minyak ke. janji perut aku full.

anyways, tahu tak legend vampire? alah, yang isap darah pastu tak bleh mati tuh. ada satu kisah ni kat alaska sana tuh. negeri tu ada 30 hari malam, 30 hari siang. pada giliran 30 hari malam tu, sherif bandar tu mengalamai pelbagai insiden pelik dan menakutkan. satu persatu orang mati kena bunuh. diorang ingat itu dibuat oleh orang biasa.

pusing sana sini rupa-rupanya vampire. habis satu town kena bunuh, kepala tercabut. sherif tu dapat tahu yang cara nak bunuh vampire tu dengan kapak kepala diorang atau buat headshot. akhir sekali, sherif tu suntik tangan dia dengan darah vampire tu untuk jadi kuat dan membunuh ketua vampire tu dengan menumbuk dia kat kepala.

lepas dah bunuh, dia lepak dengan bekas isteri dia tengok matahari terbit. tapi sherif ni terbakar sebab lepas dia suntik dengan darah vampire, dia jadi vampire dan tak boleh tengok matahari. sekian, itu aje jalan cerita 30 days of night. sapa nak tengok pegi la. padan muke. he he…

2 Comments

prison break

gini kisah dia. ada 2 penghuni sel di suatu kawasan. ia merupakan kepunyaan teman. sel tersebut agak besar dan diperbuat daripada kaca dan agak berat kerana dipenuhi batu. suatu hari, sel tersebut terpaksa dibersihkan kerana sudah kotor. sementara dibersihkan, penghuni sel tersebut harus ditempatkan di kawasan sementara.

apabila sel tersebut sudah dibersihkan, teman menyedari bahawa satu penghuni sudah melarikan diri. hilang dari pandangan. agen-agen dikeluarkan dari tempat simpanan untuk mencari penghuni yang melarikan diri itu. setelah berhempas pulas selama 30 minit mencari sehingga seorang agen terkena selumbar dari duri pokok, akhirnya penghuni itu ditemui sedang melarikan diri di dalam longkang.

penghuni itu agak laju gerakkannya kerana mampu bergerak begitu jauh. tetapi dia tidak sehebat michael scofield kerana berjaya ditangkap oleh agen yang begitu terlatih seperti alexander mahone. badan agen tersebut agak sakit sebab terpaksa bercangkung lama. dibawah adalah gambar penghuni sel yang cuba membuat prison break tersebut.

sekian, terima kasih.

2 Comments

nasi lemak

biasanya setiap pagi aku akan buat sarapan aku sendiri. buat yang gitu-gitu aje. roti, kaya dengan neskepe. kalau aku rajin, aku goreng nugget. kalau bertambah-tambah rajin, aku buat telur separuh masak. nak lagi rajin, aku buat omelette dengan hot dog. tapi rajin disini berkadar terus dengan masa atas graf linear.

alkisahnye, aku bangun lambat pulak hari ni. hujan beb. seronok gile tidur. dah bangun lambat, tak sempat la sarapan. jadi aku beli nasik lemak kat cold storage. walaupun bukan pertama kali beli, aku baru perasan nasik lemak tu cap canggih. gile high tech. selaras dengan wawasan 2020 gamaknya.

harga ialah rm1.89 tapi dengan cukai sebanyak rm0.10 dia jadi rm1.99. heh, ye lah tu. isi dalam ialah sambal, ikan bilis, kacang dan separuh telur. sedap atau tidak, ahh…layankan aje. tapi packaging dia agak fail. sampai terjatuh separuh daun pisang tu sebab dia tak bungkus betul-betul. seb baik tak kena seluar aku. kalau tak orang tengok, pehal merah je tuh. hoh.

okeh, tu aje. sekian terima kasih.

1 Comment