dateline

dalam satu kotak penedol activ-fast tu, aku rasa dah telan 1/5 papan dalam masa kurang dari 3 hari. fuih, ekstrim tuh. mamposs…ni semua sebab boss aku punye pasal. proposal 8 minggu time tapi lusa nak hantar baru dia suruh buat. wtfakkk??? aku tengah biol ni lalu meng’pause’ kan diri sambil menaip entry nih sambil minum kopi o yang dibuat oleh aku dengan penuh rasa keasyikkan walaupun haritu doktor warning aku jangan minum benda berkafein untuk kurangkan level kolestrol. tapi doc, the best kind of food are the one with the high fat and high cholestrol. hish, mau mati ka?

anyways, aku terpaksa le meng’mc’ kan diri selasa aritu. sakit kepala gila-gila punye. bangun tengahari lalu aku terus pergi betulkan kereta aku memandangkan haritu ajelah hari yang aku free. walaupun beratus-ratus habis, aku puas hati sebab separuh jalan dah siap. tinggal beberapa benda minor je lagi. itu kena tunggu budget bulan depan lah kut. kalau ikut napsu, mau aje aku habiskan semua. tapi kang, ada lunch hisap gula-gula hacks pulak nanti. tak shiok le.

oh ye. ada la satu hari yang lepas, aku lepak area bandar ampang. lalu aku pun pergi ke maybank sebab nak ambik duit. sambil beratur menunggu chilake kat mesin atm tu yang ambik masa berzaman nak keluar duit (seriously wtf? nak keluarkan duit pun susah ke? tekan nombor pin, masukkan nilai wang pastu tunggu. perlu ke nak cuba semua butang kat atm tu? adehh), aku terdengar minah kat belakang aku berbisik-bisik dengan kawan dia. aku pandang sebelah. oh, rupa-rupanya kat line sebelah ada mamat yang berlakon tu, err…nama dia pierre andre. tak hensem pun. muke cam beruk.

aku tak layan sangat artis baru ni, jadi aku wat tak tahu je. pastu tiba satu adegan yang amat fakkk. orang kat depan aku ni kawan si pierre tuh. sekali dia boleh potong line aku, menempek dengan member dia untuk keluarkan duit. aku tak dapat tahan aku punye silence lalu terkeluar dari mulut aku, “eh, what the fuck?”. cam biasa lah, dia mesti buat bodo. hesh, temper sungguh. kalau tak disebabkan ada cctv dan polis bantuan dalam bank tu, memang aku dah tangan dah dengan pasu bunga. celaka. ingat dia important sangat ke? aku pun mencarut barang seminit dua untuk menyejukkan hati.

okeh, itu je emo aku untuk hari ini. sekian terima kasih.

One thought on “dateline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *