nasi lemak

biasanya setiap pagi aku akan buat sarapan aku sendiri. buat yang gitu-gitu aje. roti, kaya dengan neskepe. kalau aku rajin, aku goreng nugget. kalau bertambah-tambah rajin, aku buat telur separuh masak. nak lagi rajin, aku buat omelette dengan hot dog. tapi rajin disini berkadar terus dengan masa atas graf linear.

alkisahnye, aku bangun lambat pulak hari ni. hujan beb. seronok gile tidur. dah bangun lambat, tak sempat la sarapan. jadi aku beli nasik lemak kat cold storage. walaupun bukan pertama kali beli, aku baru perasan nasik lemak tu cap canggih. gile high tech. selaras dengan wawasan 2020 gamaknya.

harga ialah rm1.89 tapi dengan cukai sebanyak rm0.10 dia jadi rm1.99. heh, ye lah tu. isi dalam ialah sambal, ikan bilis, kacang dan separuh telur. sedap atau tidak, ahh…layankan aje. tapi packaging dia agak fail. sampai terjatuh separuh daun pisang tu sebab dia tak bungkus betul-betul. seb baik tak kena seluar aku. kalau tak orang tengok, pehal merah je tuh. hoh.

okeh, tu aje. sekian terima kasih.

One thought on “nasi lemak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *