Press "Enter" to skip to content

tukar angin

emm…amacam weekend? aku? aku takde kat kl lah time weekend. aku balik utara. atau lebih detail, kampung aku kat kulim. aku bawak diri sebab pangga merajuk, lalu emo tak nak terima apa-apa link dari aku. haa haa haaa…anyways, aku pegi sana sebab saudara aku kahwin. jadi, aku kena pegi sana lah, tunjuk muka disamping rewang tolong pakcik aku. lagipun aku kena jadi wakil. well uh, responsibility comes with the territory.

kalau ikutkan, aku nak balik awal. lepas kerja terus gerak. tapi boss aku tahan. dia kata ada orang dari mimos datang dan aku kena buat sales dan close deal dengan mamat tu. sensorang pulak tuh memandangkan boss aku balik lambat ke opis. ahh…tension. orang dah balik, aku duk tercanguk lagi duk buat presentation sampai ke malam. pung pang sana sini, at last dapat jugak close. pukul 9:30 malam. fakk. setel agreement semua, aku terus blah balik rumah, pastu gerak.

satu-satunya benda yang boleh menyelaraskan kewarasan aku dan juga tahap mengantuk aku ialah dengan muzik dari cd haram dan tuhh, ali kafe kopi power root. bertenaga sungguh. aku bawak selaju yang mungkin sebab nak sampai cepat ke seri malaysia. mamat front desk tu ingat aku sampai kul 11 malam. tapi rupa-rupanya 3 pagi. tenaga power root pun cukup-cukup habis time aku sampai. heh.

terkejut kejap sebab kulim dah maju sekarang. ada coverage wireless. seri malaysia pun ada wireless. pehh. dapat update blog. he he. aku ingat nak ambik cuti, stay lama sket kat rumah nenek aku. layan borak dengan dia tapi memandangkan tak boleh, terpakse la aku balik awal. pegi jumaat, esoknya dah balik. adeh. sungguh penat. balik kl pun sama jugak. aku bawak selaju yang mungkin sebab nak sampai rumah awal. boleh tido. berjaya la sikit sebab aku dapat buat 3 jam lebih je dari utara ke kl. ha ha ha…

oh ye. ada satu agensi nih, dia mencipta pembunuh upahan yang power macam sivaji. ada sorang ni nama dia 47. dia ditugaskan membunuh presiden russia tapi tersilap sebab presiden tu banyak stunt double. jadi, presiden tu upah agensi untuk bunuh 47 tuh. 47 marah dan berusaha untuk cari siapa yang cuba bunuh dia. dalam pada tu, dia berkenalan dengan pempuan cun nih.

akhirnya, setelah melarikan diri dari pihak berkuasa dan membunuh ramai orang, dia berjaya membunuh presiden russia tuh. dan akhirnya menggunakan duit simpanan dia untuk membelikan ladang anggur untuk pempuan cun yang dia kenal tuh. dah, itu je jalan cerita untuk movie hitman. ha ha haaa…aku dah main game ni lama dulu. memang awesome.

okeh, sekian terima kasih.

3 Comments

  1. sankai
    sankai 26.11.2007

    gitu ker jalan cerita hitman.???

    aku nengok preview smacam je..
    ada sorang laki selak gaun sorang pompuan pastu raba2 paha da…

    pastu..erkk..tak bleh cerita..kena tengk sendiri..

  2. Ngahahaha
    Ngahahaha 29.11.2007

    shett.. skali lagi.. jgn amik apa2 link dari angkel..
    dia bagi gambar org makan tahi.. fakkk!!!.. aku haritu jugak muntah gila gila punya banyak.. demettttt..

  3. fazmi
    fazmi 6.12.2007

    bagus gak minum ali cafe nehhh…boleh ilang ngntuk….mana tau kot2 leh dpat rm20k….haahhahhaaa….takpun bukak tin jerk…kluar rosyam nor dlm bentuk jin…pastu die tanye “mau apa?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *