Press "Enter" to skip to content

Month: January 2008

jujur

bila korang duduk diam-diam, pernahke terfikir yang korang ni jujur atau tidak? jujur dengan keluarga, jujur dengan kawan-kawan, jujur dengan pasangan, jujur dengan tuhan? kadangkala kita percaya sangat sorang nih, kawan lama lah katakan. tapi akhirnya kena kelentong jugak. aku ada share kene kelentong gak. nak wat camne. kalau orang kelentong cara ni, kita dah bersedia kalau ada sesapa nak kelentong lagi. last-last kene kelentong cara lain. haih, nak wat camne gitu. benda yang biasa nak kene kelentong dah tentulah masa berniaga. ahh…sabar aje la.

dalam bab kelentong ni, aku paling suka kalau aku dapat mengantoikan mereka yang sedang kelentong tuh. contohnya time tengah makan-makan, ada sorang mamat ni kata baru duduk kat ‘sin city of keramat’, kata ada artis duduk kat jalan 14. orang lain beriye-iye percaya, tapi aku gelak je. nahh…aku bawak keluar IC, baru terdiam. well, macam-macam lagi le dari kata kat orang ni belajar network tapi kat orang tu belajar software engineering atau mmu ni dah macam kat USA sebab selalu speaking english dengan kawan-kawan. eh, WTF?

sebab itu kanak-kanak lebih baik. mereka ni macam kain kapan yang masih bersih. aku suka dengan kejujuran kanak-kanak. dulu-dulu aku ada la tengok ‘kids say the darndest things thing’ tuh. kiut kiut je. mereka tak tahu menipu lagi. semuanya dicakap berdasarkan pemerhatian diorang tuh.

so, bila tengah jalan-jalan kat pasaraya, ada budak cakap, “eh, gemuk la dia tuh, macam doraemon”, jangan la marah ye. budak-budak je tu. hik hik hik…

2 Comments

udara sejuk

nyeh. minggu lepas aku dengan teman pergi ke cameron highlands. saja jalan-jalan makan angin disambil pergi kenduri kahwin bekas lecturer aku. fuh, memang lama nak mampos aku tak pergi cameron nih. ada la dekat 8 tahun kut? memang berubah habis laa kan? cadangnya nak pergi awal, tapi sebab ada hal sikit, aku bertolak pukul 12:30.

punyelah nak ikut teori F1, nasib baik aku sempat sampai ke town ringlet nak isi minyak kereta. memang hampir kering dah time tu. dah le pening kepala pusing-pusing naik bukit. heh, lol. tapi memang hebat jugak kereta aku, boleh sampai ke atas puncak. gile hebat enjin vr4. ha ha. sesampainye aku kat sana, dah pukul 3:30, kenduri lecturer aku dah nak habis pun. sebab guests ramai dah balik, pengantin sendiri yang hidangkan makan aku. keh keh keh.

dah habis situ, aku dengan teman apa lagi, jalan pusing habis ah cameron. dari strawberry farm, cactus valley, tea farm dan memacam lagi. cam jakun la pulak. iyelah, kalau nak ikutkan, ini le cuti-cuti malaysia aku yang pertama untuk tahun ni. memang seronok la jugak walaupun takde benda sangat kat cameron ni. hanyalah pemandangan yang indah aje.

sampai kl dah malam buta. balik rumah, tido, esoknya hari isnin, pegi kerja. keh keh keh…kesimpulannya, aku seronok pergi berjalan-jalan di cameron highlands. sekian, terima kasih.

Leave a Comment

pusing atas

sekarang ni musim sakit eh? macam-macam jenis sakit aku tengok dan setiap kali aku tengok, aku mesti akan sample sakit tu. dalam kata lain, berjangkit laaa…adeh. haritu demam, pastu batuk, pastu selsema. sekarang ni aku sakit dada. entah kenapa lah. sakit kepala dah mesti sebab aku ada migrain. ish ish ish…

kalau nak diikutkan, awal aku bangun pagi ahad ni. mungkin separuh disebabkan aku tengah bermasalah sekarang dan separuh lagi, nanti aku nak pergi cameron highlands. ada kenduri. tapi itulah, keyword dilebihkan kepada masalah. tapi dalam dunia ni, aku tengokkan kau, kau tengokkan aku dah takde. ia lebih kepada kau punye hal, aku punye hal. heh, biasalah. siapa lagi nak kesiankan diri sendiri kalau bukan kita.

semalam nasib baik ada kedai tayar masih bukak. kete akak aku pulak buat hal. dulu cermin kena pecah, sekarang tayar bocor pulak. entah apa la pulak akak aku duk buat ni sampai gitu sekali. ni yang membuatkan aku lebih teruja untuk beli handgun. takpe-takpe. aku dah separuh jalan dah ni. tunggu lesen siap aje.

oh anyways, ada satu bandar nih. mula-mula ok aje. orang bersuka-ria, berparti sekali secara tiba-tiba kena serang dengan satu makhluk yang persis dinosaur. habis semua benda rosak. pihak tentera berusaha nak bunuh makhluk ni. akhirnya semua mati kena bunuh. mungkin kena nuklear kut? itulah jalan cerita cloverfield. ha ha ha haaaa…

3 Comments

azfar.my (perhatian)

PERHATIAN!!!

perhatian anak-anak sekalian. dalam beberapa hari ini, saya akan berpindah domain. yakni menggunakan domain baharu iaitu azfar.my. sila update bookmark anda. saya masih tidak pasti sama ada mahu menggunakan domain azfar.my pada masa akan datang. sekian, terima kasih (gambar tidak ada kena mengena dengan entry ini).

2 Comments

problems arise

i’ve been doing interval sleeping today. i don’t know why. but i can assure you it’s not my new hobby. probably because of the pills the doctor been giving me for my migraine. that’s why i’m up at 4 am and typing this crap. not because i want to but because i have to find something to do. anyways, i have some problems lately. mostly regarding work and health. frustrating and stressed out. but as long as i can hold it, then i’ll hold it. if not, i’ll tell somebody or myself to GTFO.

lately with the spare time i have and no activities, i tried to jump back into the chatting world. it’s been a while since i really chatted. 3 years maybe? but not the irc world but using msn messenger. i’m kinda addicted right now. well, whatever that suits me i guess. i get to know this person from the other side of town who’s currently been asking me advice on love life. shit man. well, i can only give several pointer as i’m not that skillful enough. i do have the experience though. maybe that’s enough la for that person.

when on msn, i try to stay as anonymous as i can. you know, for fun and privacy matters. thus, when the people that i chat with don’t know who i am vice versa, i like to spill out all my problems and secret with the other anonymous. currently i choose the anonymous that been asking me for love pointers. i do feel good telling my secrets, problem or whatever. we never know sometimes the advice given by another anonymous is actually good. i guess this one is better and cheaper then spending money on something useless and expensive when i’m not really in a good mood. that explains the sony ericsson k530i i’ve been using for the past 2 month.

okay, that’s all. ciow.

1 Comment

tisu

dah try? bagi aku, ok la bende tuh. tapi green tea dia tak sedap langsung. itu bukan green tea, tapi jasmine tea. aku beli, tukar drinks dia dengan milo ais. lagi best. aku sekarang tengah kurangkan minum minuman bergas. jadi aku layan macam air jus buah, air sirap, air milo atau air suam. mungkin aku kena kurangkan minuman bergula.

anyways, masa aku nak order benda tu, ada sorang minah melayu ni. dia pegi kat kaunter dan tanya benda ni kat mamat cashier tuh. “can i have the serviettes?”. fuh, sungguh skema. kalau aku lah, aku cakap gini je kat mamat tu. “ada tisu?”.

dah, itu aje nak tulis. sok kerja.

6 Comments

sembunyi

sebelum aku tidur ni, aku nak menaip sikit. kadang-kadang aku pelik. orang malaysia kata, saya patriotik, taruk bendera kat kereta setiap hari merdeka tapi aku tak nampak dia punya keikhlasan atau kesungguhan tuh. kenapa hanya setahun sekali? kenapa tidak sepanjang tahun? kenapa perlu jerit merdeka tanpa tahu maksud sebenar merdeka.

tapi itulah dia. haritu aku tengok cerita kat tv2. pasal satu negara ni berusaha berjuang nak membebaskan negara dia dari penjajah british. memang bersemangat sungguh dan penonton yang tengok cerita tu kat wayang pun aku rasa memang bersemangat nasionalis. cuba tengok negara kita. ada yang peduli nak tengok cerita hati malaya? ye, citer tu memang slow. tapi at least support le sikit. dalam banyak-banyak cerita patriotik, aku paling suka cerita bukit kepong dengan leftenan adnan. menaikkan semangat kenegaraan.

hmm…ada sorang sejarawan nih. bila orang tuduh moyang dia merancang pembunuhan presiden amerika, dia tension. jadi dia cuba cari jalan sedaya upaya untuk membuktikan moyang dia tak bersalah sehingga sanggup culik presiden amerika pada zaman kini untuk dapatkan buku rahsia presiden yang boleh memberitahu lokasi bandar emas.

setelah berusaha menyelesaikan semua klu dan sehingga dikacau oleh orang jahat, dia berjaya jumpa bandar emas tu. orang jahat yang mengacau dia telah berkorban untuk menyelamatkan dia. akhirnya bandar emas itu di tunjukkan kepada awam, presiden memaafkan dia atas kesalahan menculik dan dia berbaik semula dengan gelfren dia. sekian, jalan cerita national treasure 2.

sekian, terima kasih. he he he…

3 Comments

2008

selamat tahun baru 2008 untuk anda semua dari saya.

sekian, terima kasih.

1 Comment