sembunyi

sebelum aku tidur ni, aku nak menaip sikit. kadang-kadang aku pelik. orang malaysia kata, saya patriotik, taruk bendera kat kereta setiap hari merdeka tapi aku tak nampak dia punya keikhlasan atau kesungguhan tuh. kenapa hanya setahun sekali? kenapa tidak sepanjang tahun? kenapa perlu jerit merdeka tanpa tahu maksud sebenar merdeka.

tapi itulah dia. haritu aku tengok cerita kat tv2. pasal satu negara ni berusaha berjuang nak membebaskan negara dia dari penjajah british. memang bersemangat sungguh dan penonton yang tengok cerita tu kat wayang pun aku rasa memang bersemangat nasionalis. cuba tengok negara kita. ada yang peduli nak tengok cerita hati malaya? ye, citer tu memang slow. tapi at least support le sikit. dalam banyak-banyak cerita patriotik, aku paling suka cerita bukit kepong dengan leftenan adnan. menaikkan semangat kenegaraan.

hmm…ada sorang sejarawan nih. bila orang tuduh moyang dia merancang pembunuhan presiden amerika, dia tension. jadi dia cuba cari jalan sedaya upaya untuk membuktikan moyang dia tak bersalah sehingga sanggup culik presiden amerika pada zaman kini untuk dapatkan buku rahsia presiden yang boleh memberitahu lokasi bandar emas.

setelah berusaha menyelesaikan semua klu dan sehingga dikacau oleh orang jahat, dia berjaya jumpa bandar emas tu. orang jahat yang mengacau dia telah berkorban untuk menyelamatkan dia. akhirnya bandar emas itu di tunjukkan kepada awam, presiden memaafkan dia atas kesalahan menculik dan dia berbaik semula dengan gelfren dia. sekian, jalan cerita national treasure 2.

sekian, terima kasih. he he he…

3 thoughts on “sembunyi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *