udara sejuk

nyeh. minggu lepas aku dengan teman pergi ke cameron highlands. saja jalan-jalan makan angin disambil pergi kenduri kahwin bekas lecturer aku. fuh, memang lama nak mampos aku tak pergi cameron nih. ada la dekat 8 tahun kut? memang berubah habis laa kan? cadangnya nak pergi awal, tapi sebab ada hal sikit, aku bertolak pukul 12:30.

punyelah nak ikut teori F1, nasib baik aku sempat sampai ke town ringlet nak isi minyak kereta. memang hampir kering dah time tu. dah le pening kepala pusing-pusing naik bukit. heh, lol. tapi memang hebat jugak kereta aku, boleh sampai ke atas puncak. gile hebat enjin vr4. ha ha. sesampainye aku kat sana, dah pukul 3:30, kenduri lecturer aku dah nak habis pun. sebab guests ramai dah balik, pengantin sendiri yang hidangkan makan aku. keh keh keh.

dah habis situ, aku dengan teman apa lagi, jalan pusing habis ah cameron. dari strawberry farm, cactus valley, tea farm dan memacam lagi. cam jakun la pulak. iyelah, kalau nak ikutkan, ini le cuti-cuti malaysia aku yang pertama untuk tahun ni. memang seronok la jugak walaupun takde benda sangat kat cameron ni. hanyalah pemandangan yang indah aje.

sampai kl dah malam buta. balik rumah, tido, esoknya hari isnin, pegi kerja. keh keh keh…kesimpulannya, aku seronok pergi berjalan-jalan di cameron highlands. sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *