seberang laut

minggu lepas i sakit. sakit sangat. sakit apa? sakit jiwa. i terasa sangat depress. down gila. jadi i pilih untuk balik ke rumah mak bapak i kat penang. at least, tenang sikit jiwa i kat sana. macam biasa kalau kat sini, mesti makan sahaja kerja i. makan kat luar lah. pagi telan nasik lemak. brunch makan roti telur. lunch sapu nasi briyani dan murtabak. petang layan cendol dengan pisang goreng dan rojak. malam makan char kuay tiow, cucur udang dengan nasi kandar. supper layan sup daging dengan roti dan telur separuh masak. fuh…gile ah.

tapi penang memang camtu lah. memang heaven lah kalau nak makan. nak pulak ayah i bawak pergi makan sup kat depan hotel malaysia tuh. layan…jangan tak layan. tak banyak berubah. ada la nampak pembangunan sikit kat sunshine square tuh. lain-lain masih sama. dvd mesti beli punye. satu beg plastik penuh. nasib baik sempat beli sebelum kdnhep datang raid. ha ha ha. masa balik kali ni, i ajak mak dengan bapak i cari rumah kat penang. i ingat nak beli apartment atau kondo lah kat penang. nak tengok apa cer kalau-kalau satu hari nanti i nak kerja penang pulak ke.

anyways, i masih sakit, tapi kurang lah sikit. tengok esok camne pulak ceritanya. tata, nak tido dulu!

One thought on “seberang laut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *