terpangkah

amacam? seronok mengundi? first timers? best main pangkah-pangkah? gembira pilihan anda menang? bagusle. jangan ada yang menyesal atau kecil hati sudah. aku kat sini, kalau bab-bab politik malas nak cerita sebab aku ni bukannya power sangat. lagipun aku taknak ada ekstrimis yang duk spam aku punye comment macam dulu-dulu. kalau nak cerita politik, kasi bincang depan-depan muka. baru best. semuanya facts datang dari kepala otak sendiri bukan google.

kekadang aku tergelak la jugak membaca forum-forum dimana diorang ni duk beriye debate pasal politik. sampaikan ada yang info pun tunggang-langgang. camne belia malaysia gini. bagi yang berminat, tak salah nak berbincang tapi kalau info pun dah pincang, tak lengkap, payah le. mungkin ada sesetengah tu, dengar aje orang-orang tua duk bincang pasal politik, terus terasa yang dia dah dapat pengetahuan baru. benda ni tak susah nak bincang. yang perlu ada facts and figures. kalau ada pengalaman lain, bonus.

dah, aku malas nak elaborate lebih. btw, hujung minggu lepas aku dengan teman pergi the mines. gile babas lama aku tak pergi sini. bertahun-tahun. well, bagi yang jakun macam aku ni, agak ok gak la mines ni. bleh naik bot ronda-ronda. disebabkan ada wayang, aku pergi tengok cerita duyung saiful apek tuh. stended ah citer professor. plot sama je. jalan cerita pun mudah dan simple. tak fikir banyak. heh lol. meh aku kasi jala cerita.

jimmy anak nelayan ada pet beruk nama orix tak suka tangkap dan makan ikan. ada pulau tiruan yang dia buat sendiri dengan barang-barang recycle. kerja dia kutip sampah yang dibuang dilaut. bercinta dengan aspalela. satu hari dia terjumpa ikan duyung nama puteri. jimmy cerita kat orang kampung tapi takde sapa percaya. ayah jimmy malu dan halau dia dari rumah. ikan duyung bawak pergi tempat dia, kasi jimmy emas. jimmy kaya dan membantu orang kampung. lalu kordi jeles dan tangkap duyung tu. jimmy selamatkan duyung, semua hepi.

duyung yang pada mulanya suka kat jimmy akhirnya mendapat teman. last sekali digi pasang menara telekomunikasi kat pulau tiruan yang jimmy buat. semua menari dan menyanyi. hepi ending. kesimpulannya, digi sucks gile buat plug kat filem ni dengan menyatakan yang beruk jimi, orix hanya boleh sebut perkataan “fu-yoh”. ha ha ha ha…lol. sekian terima kasih.

4 thoughts on “terpangkah

  1. lahh yg crite duyung tu smpai beruk pun jd ikon pihak penaja? walala [lom smpt lg tgk tp terima kasihlah asyik bc spoiler je kat blog ni hahaha]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *