Press "Enter" to skip to content

Month: April 2008

sesat

jam dah pukul 2, tetiba pulak kena pergi cyberjaya, ada hal penting katanya. tahi, nak balik kang mesti jem. nasib baik aku tak drive. harini driver baru masuk kerja. adalah sampai sesat nak ke cyberjaya tu. aku ingatkan dia tahu, dengan konfiden masuk highway baru. aku pun tutup le mata, tido. bukak mata je ternampak dia terlepas intersection untuk ke cyberjaya. adeh, terlepas sampai ke putrajaya aku hari ni. tapi…it’s ok. masa masih banyak.

aku ingat nak re-cap apa yang aku buat minggu-minggu lepas kat sini, tapi aku terlupa la pulak. ni la gayanya kalau lama tinggal membelog ni. bz meh. apa buleh buat. tapi anyways, haritu aku pergi tengok rumah kat kia peng condo. rumah tu fully furnished, tapi owner nak jual sebab dia kata dah malas duduk situ. well…memang menarik offer dia. siap ada diskaun lagi. heh heh heh. view? toksah cakap la, bukak langsir, nampak klcc.

tengok la camne. kalau gila dan ditambah dengan loan lepas, esok-esok aku pindah la situ…

1 Comment

hari bumi

selamat hari bumi.

happy earth day.

save the planet. cherish it. be responsible. please recycle.

(earth, wind, water, fire, heart. by your powers combined…i am captain longcat. ha ha ha, LOL)

1 Comment

roadtrip kelantan

fuh, weekend lepas aku buat road trip ke kelantan. fuh, lama gila tak pergi kelantan. gerak pagi, sampai dalam petang-petang gitu pastu tambah dengan sikit jem masa nak masuk ke kelantan. gile terasa jauh. mungkin sebab bukan highway. tapi anyways, secara kesimpulannya, ok la juga kelantan ni. sempat la singgah pasar beli mangga dengan sedikit souvenir. dah, itu aje nak cakap. lol. :thelol:

1 Comment

mencari hobi

yeh, lama tak bersukan. maksud aku, aktiviti outdoor lah. so, untuk memuaskan hati, aku turun sunway extreme park untuk bermain golf kembali. uh…aku punye skill ada lagi lah sikit walaupun dah dekat setahun tak sentuh. habis 100 bola, terus sakit belakang. ha ha ha…lol. maybe kena prektis selalu.

so, apa crite? takde apa sangat lah. dapat main golf ni pun sebab ada sikit masa terluang. kalau tak jangan harap lah. lately sekarang job description aku dah bertukar dan bertambah. so, happy time aku dikurangkan sedikit demi sedikit. well, bergantung kepada harilah agaknya.

dah itu aje bebelan. nanti update lagi…

1 Comment

skin vista

watsup. promote sikit kejap. sapa sini yang guna windows xp, nak upgrade ke windows vista tapi malas sebab tak compatible, masih buggy atau pc tak larat? meh sini aku kasi solution. tapi separuh solution lah. korang tak dapat semua feature windows vista tapi hanya dapat skin, mouse cursor dan bunyi-bunyian. hahaha…lol.

nah, gi sini dan download sendiri: www.vista-inspirat.net

enjoy. sekian, terima kasih.

1 Comment

permainan baharu

watsap. nyeh, lama pulak terabandon natang blog nih. sori lah sebab sekarang ni tengah preoccupied sikit dengan bermacam-macam benda especially permainan baru aku. he he he. gile woo mahal aku beli permainan ni. untuk apa beli? saja, untuk memuaskan hati, ego dan hobi aku. well, dengan permainan baru ni, aku boleh ambik gambar macam diatas tu. lol.

btw, haritu aku tengok be kind rewind. citer pasal dua orang sahabat nak selamatkan kedai sewa video kawan diorang. kisah bermula apabila sorang terkena kuasa elektromagnet, tak sengaja padam semua video tape. lepastu diroang bersama-sama re-create balik scene dalam video tape tu dengan berlakon sendiri. akhirnya satu town sama-sama berlakon, buat cerita mengenai kehidupan pemain piano. sekian, terima kasih. he he he…

1 Comment