sesat

jam dah pukul 2, tetiba pulak kena pergi cyberjaya, ada hal penting katanya. tahi, nak balik kang mesti jem. nasib baik aku tak drive. harini driver baru masuk kerja. adalah sampai sesat nak ke cyberjaya tu. aku ingatkan dia tahu, dengan konfiden masuk highway baru. aku pun tutup le mata, tido. bukak mata je ternampak dia terlepas intersection untuk ke cyberjaya. adeh, terlepas sampai ke putrajaya aku hari ni. tapi…it’s ok. masa masih banyak.

aku ingat nak re-cap apa yang aku buat minggu-minggu lepas kat sini, tapi aku terlupa la pulak. ni la gayanya kalau lama tinggal membelog ni. bz meh. apa buleh buat. tapi anyways, haritu aku pergi tengok rumah kat kia peng condo. rumah tu fully furnished, tapi owner nak jual sebab dia kata dah malas duduk situ. well…memang menarik offer dia. siap ada diskaun lagi. heh heh heh. view? toksah cakap la, bukak langsir, nampak klcc.

tengok la camne. kalau gila dan ditambah dengan loan lepas, esok-esok aku pindah la situ…

One thought on “sesat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *