Press "Enter" to skip to content

Month: May 2008

larut

bah! aku masih lagi ada kat opis. ada sedikit kerja nak disiapkan sebab aku tak nak bawak pergi hari isnin. so, hari senin buleh rilek-rilek. lol. takde benda nak cerita pun anyways. mungkin lepas habis kerja, dinner di sungai wang pastu singgah loyat beli webcam. lol.

btw, professor jones kena tangkap dengan kgb, diorang nak curi mayat alien. lepastu ada budak cerita kat jones pasal tengkorak kristal. tengkorak tu kepunyaan alien. so, jones dengan budak tu mengembara cari tengkorak, selamatkan kawan jones dan mak budak tu yang sebenarnya awek jones dan menjadikan budak tu anak jones. sampai di kota emas, diorang nak letak balik tengkorak tu kat situ.

hikayat mengatakan sapa letak balik tengkorak tu, dia mengawal kota emas. bla bla bla…akhirnya penjahat yang nak curi tengkorak mati, jones dan lain-lain selamat. secara kesimpulannya, cerita indiana jones ni, takde lah best mana. hype aje lebih. barely. kalau minat indiana jones dan special effect, pergilah. he he he. sekian, terima kasih.

Leave a Comment

jauh jauh

ah…cuti yang panjang. memang best. aku macam biasalah, penuhkan dengan aktiviti tidur. tapi aku tak boleh leka sangat sebab wcit ’08 dah start dan aku involved pulak dengan menatang tu. adeh…sungguh tidak best. anyways, weekend yang lepas aku terasa macam nak pergi beli tv. tv yang best. jadi, bergeraklah aku ke the curve. sebelum pergi situ, aku singgah kat hartamas kejap, makan.

disebabkan nak terai makanan baru, aku pergi restoran german. uh, aku order apa tah. nama memang kelas, tapi presentation, alahai. sedih. patut aku order huhner schnitzel aje. ha ha ha. tapi walaupun presentation hampeh, sedap la jugak natang tuh.

so, kesimpulannya, cuti panjang ni, aku tak pergi mana-mana pun. just hang out kat rumah, jalan-jalan kat area-area yang terdekat dan lepak-lepak kat kebun kawan di ulu langat sambil bermain-main dengan kuda. dah itu aje. esuk kerja. byep!

1 Comment

menjawab

aku terasa perut tak sedap. jadi aku pergi kedai cari vitagen kat kedai bawah ni. huk ala…dulu harga rm2 sekarang dah jadi rm2.10. lol wtf? vitagen pun naik harga ke? disebabkan niat tu dah ada, ah, aku beli aje lahh. rm2.10 pun layan aje la. bukannye aku beli selalu pun. anyways, sebelum aku lupa, ni nak jawab sesiapa yang dah tag aku sebelum ni. bukan apa, malas lah. ha ha ha ha…

1 Comment

rabun dan kabur

amacam cuti hari pekerja? ha, lol. aku duduk rumah dan tidur. memang champion. tapi bila petang hari, aku terasa macam nak pergi mid valley. hari khamis ada fashion show kat centre court. boleh la menyibuk sikit pergi ambik gambar. saja-saja asah skill. ha ha. tapi akhirnya tak jadi sebab aku keluar dengan member aku pergi jalan-jalan damansara, hartamas, dan area-area yang sekawasan dengannya. aku tak rancang dia punya lokasi. member aku yang bawak. dah tu, kereta dia, ikut aje la. tapi bila member dah belanja makan, aku layankan aje. ha ha ha…

nak jadi cerita. lepas tol apa tah aku lupa, kiterang berhenti kejap sebab nak ambik gambar kereta. nak ambik panning shot la ni kiranya. aku pun letaklah cermin mata aku kat atas boot kereta member aku. habis je sesi kat situ, kiterang geraklah. dah seminit jalan baru aku teringat cermin mata aku. well, takde apa yang nak dikesalkan lagi lah. memang dah selamat tinggal pun cermin mata tu. kalau kereta tak langgar, aku rasa perfect lagi condition cermin mata tu terjatuh tepi jalan. ha ha ha lol.

kerugian aku rm200 sebab nak buat cermin mata baru. lol kepada diri sendiri. well, apa buleh buat, dah nasib badan…

Leave a Comment

lelaki besi

aku tunggu dari minggu lepas lagi. beriya lah jugak nak tengok tapi sebab ada sedikit masalah, aku takde mood. sekali bila aku scroll phonebook, ada lah sorang mamat ni kerek gila nak mampos nak ikut pergi tengok sekali. aku pun layan aje la. lagipun member belanja. he he he. popcorn kotak besar tuh beb. terima kasih bebanyak ek brader.

anyways, cam biasa. tony stark kene tangkap dengan teroris, cipta pakaian lelaki besi dan eskep dari situ. balik dia enhanced baju lelaki besi dan sambil-sambil tu terjatuh cinta dengan seketeri. partner dia curik teknologi lelaki besi dan buat dia punya sendiri. kemudian tony stark tuh lawan partner company dia yang tamak dan akhirnya partner dia mati. pada press conference, tony stark ni mengaku yang dialah lelaki besi.

yang aku peliknya, elektromagnet kat dada dia tu nak elak serpihan besi dari terkena jantung dia. kenapa bila dah balik tak bedah aje bende tu? nampak cool ada lampu kat dada? he he he…

2 Comments