rabun dan kabur

amacam cuti hari pekerja? ha, lol. aku duduk rumah dan tidur. memang champion. tapi bila petang hari, aku terasa macam nak pergi mid valley. hari khamis ada fashion show kat centre court. boleh la menyibuk sikit pergi ambik gambar. saja-saja asah skill. ha ha. tapi akhirnya tak jadi sebab aku keluar dengan member aku pergi jalan-jalan damansara, hartamas, dan area-area yang sekawasan dengannya. aku tak rancang dia punya lokasi. member aku yang bawak. dah tu, kereta dia, ikut aje la. tapi bila member dah belanja makan, aku layankan aje. ha ha ha…

nak jadi cerita. lepas tol apa tah aku lupa, kiterang berhenti kejap sebab nak ambik gambar kereta. nak ambik panning shot la ni kiranya. aku pun letaklah cermin mata aku kat atas boot kereta member aku. habis je sesi kat situ, kiterang geraklah. dah seminit jalan baru aku teringat cermin mata aku. well, takde apa yang nak dikesalkan lagi lah. memang dah selamat tinggal pun cermin mata tu. kalau kereta tak langgar, aku rasa perfect lagi condition cermin mata tu terjatuh tepi jalan. ha ha ha lol.

kerugian aku rm200 sebab nak buat cermin mata baru. lol kepada diri sendiri. well, apa buleh buat, dah nasib badan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *