borak borak

habis aje kerja, aku ingat nak balik awal. tapi bila tengok kat luar tingkap pejabat, dengan hujan, dengan jam, aku terus takde mood. nak lepak ofis, semua member-member dah balik. jadi, aku duduk kejap habiskan air aku sambil main-main internet.

bila dah lapar, mesti pergi makan. jadi aku turun food court klcc dan ternampak mcd. tengah makan tuh, pempuan kat meja sebelah aku borak pasal politik kut. mak ai, kuat gila. mencarut sana sini. kimak lah, pundek lah. menarik sungguh character ini. jadi aku dengar-dengar le politik mende yang minah ni cakap memandangkan aku takde benda nak buat selain makan burger.

ohh…citer pasal pemilihan umno. duk mengutuk orang itu dan ini, pasal bayar duit lah apa lah. hmm…minah ni sedih ke takde siapa pilih dia masuk bertanding? nampak gaya macam gitu aje. sambil-sambil dia cakap pasal politik tu, ada satu benda yang dia silap cakap. member dia duk angguk aje. aku nak betulkan tapi, uh…makan fries shake mcd ni lagi sedap.

all in all, aku tak kisah nak borak pasal hape pun tapi suara tu rilek-rilek lah. nak menjerit-jerit buat ape, dengan mencarutnye. cakap macam biasa pun orang dah dengar. food court klcc tu takdelah bising mana especially waktu makan malam. orang tak ramai.

ok, dah itu aje nak komen. baru dapat duit claim, nak pegi enjoy. he he he.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *