bosan bosan

mehh jumaat…aku baru je habis cam whore kat sekeliling ofis aku ni. pegi section ni, ambik gambar. situ, ambik gambar. pastu keluar ke koridor bilik aku, ambik gambar berlatar belakang klcc. itu menggambarkan kebosanan aku hari ni. mungkin kejap lagi nak main game.

btw, haritu aku berjaya juga membeli benda yang aku tercari-cari selama ni. benda itu adalah…payung. tapi bukan sekadar payung. ia adalah ‘the payung’ atau aku lebih suka memanggilnya ‘payung lelaki sejati’. ha ha ha…pernah nampak payung yang kalau digulung, dia nampak nipis dan boleh jadi tongkat tuh? haa…payung gitulah yang aku nak. punyelah bersusah payah cari kat butik-butik di pavillion, klcc tak jumpa-jumpa. nasib baik ternampak kat sungai wang.

dah habis dengan hal payung, aku pun berjalan ke lowyat, nak beli something. disebabkan hujan, dapatlah aku bergaya dengan payung lelaki sejati tuh. fuh…memang sejati habis ahhh. masuk dalam bangunan, gulung payung pastu jalan. heh heh. tapi, time nak bayar tu, ada la sorang mat saleh ni duk tanya minah kaunter tu pasal satu barang ni:

mat saleh: do you have extra hard?
kaunter: what?
mat saleh: sorry, external hard.
kaunter: huh? do you mean external hard disk?
mat saleh: ya ya, external hard disk

aku tergelak. nasib baik tak guling-guling atas lantai. okeh, itu aje nak tulis.

One thought on “bosan bosan

  1. hahah bila baca first2 external hard tu, mmg da fikir kepada item lain da lolx :lol:

    weh xde gmbr payung tu ke? sbagi penggemar payung (zaman univ dlu diorg panggil kite budak payung sbb suka membawa payung bapak besar berkaki kayu :P) kalau best payungnya, bolehlah kite beli jugak xD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *