goyang

amacam raya? ada bes eh. raya gua tahun ni ok-ok aje. nasib baik belum ada anak buah, jadi tak perlu kasi duit raya lagi. ha ha.

anyways, ni nak ranting sikit. haritu adalah pergi minum kat satu kedai mamak terkemuka di ibu kota nih. nak basahkan tekak sambil tunggu seseorang. apa yang aku perasan kat kedai mamak tu, ramai orang tua dari orang muda memandangkan kawasan tu boleh dikatakan hip dan selalu dipenuhi golongan muda.

orang tua memang tak kisah. tapi kalau orang tua datang sekali dengan gelfren, bukan anak bini dan lepak-lepak dengan orang-orang tua yang lain, tu agak kelakar la jugak. selalu nampak sangat sampai bende ni kelakar di mata aku. mungkin sebab dulu selalu gak le tengok kat restoran mamak terkemuka di ampang tuh.

tak ingat anak bini ke diorang nih. ish ish ish…udah-udah le tu. bawak balik rumah tido lagi baik ye pakcik. he he…dah itu aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *