berpusing

hemph, semalam baru balik dari rumah bonda di kuantan. agak penat le memandangkan aku yang bawak kereta. aku habiskan masa kat sana duk kemas-kemas rumah aje. rumput dah naik, nampak macam semak aje. jadi aku tolong-tolong potong rumput. malamnye cam biasa lah, lepak pantai. he he.

semenjak dua menjak ni, aku baru dapat tahu yang mungkin ada orang tengah emo dengan aku. ntah marah sebab apa aku pun tak tahu. aku ni simple aje. kalau ada tak terpuas hati ke, meh le cakap. janganla duk diam-diam. tak elok. pepehal aku memang tak simpan dalam hati. tapi, kalau tak puas hati dengan aku, pepehal deal dengan aku je. kalau dah nak masuk insult family aku sekali sebab tak puas hati dengan aku, tu aku simpan sampai mati. walaupun dah menyesal ke apa ke, aku maafkan tapi aku takkan ambik peduli lagi dengan orang macamtu sampai bila-bila.

okeh, tu je emo aku. hur hur hur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *