etika

walaupun kena buat benda luar dari skop kerja, aku sabar ajelah banyak-banyak memandangkan assistant aku dah berhenti. nak cari replacement, tak dapat-dapat lagi. tahi. jadi, buatlah aku kerja-kerja product maintenance ni kat salah satu ofis di ibu kota. ada satu pc staff tuh, operating system corrupted, jadi kena rena retrieve data dalam tuh, buat backup.

tengah retrieve file-file tuh, aku ternampak satu file video yang ada aksi kurang senonoh antara staff empunya pc tu dengan staff lain dari ofis tu jugak. aku tak nak lah tekan butang play sebab tak manis dipandang orang dan memandangkan dah nampak apa yang ada dalam video tu menerusi screenshot.

entahlah. aku sentiasa jaga integriti aku sebagai seorang professional, walaupun bende yang aku buat tu bukan kerja aku atau termasuk dalam skop kerja ai. setiap kali kalau aku kena buat kerja data backup atau salvage, aku terus copy aje, buat tak tahu dengan content data sebab benda tu semua p&c. tapi…itulah. biasanya aku backup data atau benda-benda yang normal. bende gini tak pernah jumpa. entahlah nak cakap camne. aku ni pun bukannye baik sangat, mana tahu nanti tertekan butang play pulak.

aku tak pakai kopiah, jadi aku tak boleh nak cakap banyak-banyak. he he he…

4 thoughts on “etika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *