panjat bumbung

minggu lepas aku jalan-jalan jalan pasar. alkisah haritu ada masa terluang, jadi aku pun kesana. nak cari arial tv untuk rumah. aku malas nak bergantung sepenuhnya kepada piring astro tuh. asal hujan aje, tv bergelap. atas bumbung ni memang dah ada arial tv lama, tapi zaman 80’an punye. oleh itu, bergeraklah aku kesana…

sampai aje situ, mata terus jadi terbeliak. fuh, semua benda aku nak sapu. biasalah, jalan pasar. electrical device heaven. aku ternampak 8 channel mixer harga rm400 aje. tu tak masuk set amplifier dan speaker lagi. fuh…gile ah ding dong. cadang nak beli lightning arrestor yang jenis kecik punye tapi tak jual pulak dah. so, aku beli arial tv yang canggih sikit. dia pakai design era baru. haha lol dengan beberapa barang elektronik.

kira punya kira, tak sempat pasang haritu jugak. jadi aku cadang nak pasang hari sabtu lepas. mula-mula ingat nak upah orang aje pasang sebab aku terasa malas pulak nak panjat memanjat nih. tapi, last-last aku ubah fikiran. aku pegi kedai hardware, cari wayar dan semua barang-barang yang berkaitan, pastu aku panjat bumbung rumah, pasang menatang arial tv tu sambil-sambil buat wiring sekali.

fuh…berjaya. clear lah kalau aku off astro dan guna arial tv. kesimpulannya disini, lelaki sejati pasang arial tv mereka sendiri. hahahahaha….sekian terima kasih.

3 thoughts on “panjat bumbung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *