Vitamin C

Memandangkan raya cina dah dekat, adalah 2 kotak atau lebih buah limau kat rumah aku ni. Orang kasi, ambik aje lah kan? So, beberapa hari ni hobi aku ialah makan limau. Tak kiralah sambil tengok tv, baring-baring atau melompat-lompat macam monyet. Cuma satu tempat yang aku tak makan ialah dalam tandas. Biar betul bro, nak makan limau dalam toilet.

Semalam aku teruja tengok rancangan National Geographic di TV. Satu-satu cerita aku layan. Disebabkan tak ada jajan, aku bantai limau. Kupas makan, kupas makan. Ushar-ushar dah nak habis sekotak. Haihh…tak boleh jadi ni. Esok nak tengok-tengok kalau-kalau ada orang nak kasi free lagi. He he he…

One thought on “Vitamin C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *