Cerita hari jumaat

Salam akhir tahun.

Aku tengok sekarang, purata umur anak-anak muda yang berkahwin makin turun. Zaman dulu-dulu orang suka kawin muda. Lepas tu suka kawin lambat. Sekarang suka kawin muda balik. Ada yang umur 20-21 tahun dah mendirikan rumah tangga. Bagus lah kalau begitu. Rasa-rasa dah mampu, kawin sajalah. Mampu tu ikut la, duit sendiri ke, duit mak bapak ke. Tapi kalau duit mak bapak, kasi ganti balik la wei. Anyways, bagus la daripada buat dosa siang dan malam. Meraba sana sini, zina situ sinun. Tak gitu kan?

Tapi, kadang-kadang sedih juga aku tengok. Adalah beberapa member aku yang kahwin ‘shotgun’. Sebab apa kawin? Sebab dah termengandungkan anak orang. Seronok punya main cucuk-cucuk, akhirnya terpancut dalam. Bila dapat tahu mengandung, terus rush nak kahwin. Iyelah, lagi lambat tangguh, makin besar perut nanti. Kantoi pulak. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka. Haihh…Bila dah jadi macam ni, nak salahkan siapa beb? Mak bapak, masyarakat atau diri sendiri? Lol entahlah.

Kalau ikut hukum agama, agak sukar jugak kes ni. Sah atau tidak perkahwinan tu? Ada ayat mengatakan yang, tempoh iddah perempuan mengandung ialah selepas dia melahirkan anak. Lepas beranak, baru boleh kahwin. Kalau ikut Mazhab Syafie pulak, sah pernikahan tu, tapi salah satu syarat dia ialah pasangan yang berzina tu bertaubat. Korang dah bertaubat ke belum?

Oleh itu, anak-anak muda sekarang, jauhilah zina. Hedonisme duniawi tak kemana punya. Ataupun pakai lah kondom. Ha ha ha.

Btw, ni sumber dari Ustaz Zaharuddin.

Sekian.

2 thoughts on “Cerita hari jumaat

  1. kesian kat anak dia tu lah esok. status diragui.
    maka sila fikirkan kat future children sebelum melakukan kemungkaran. lolx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *