msa vs mr (satu cerihik) : prolog

bosan. itu aje yang aku ucap tetiap hari. suatu hari aku terpikir nak buat cerita dongeng. ala, cam novel tu haa walaupun aku takde pengalaman mahupun latihan menulis novel. tapi, korang tau tak apa tu cerihik? cerita + hikayat. dongeng la senang cerita. tapi peduli apa aku. baca aje la. ingat, ni fiksyen.

sudah tentu, lumrah manusia menginginkan sesuatu yang agak mustahil jadi milik mereka. mereka bermula dengan bermimpi. jika dedikasi tu ada, suatu hari, dia dapat juga apa yang diingininya tuh. memanglah, pada mula orang akan bagi macam-macam label. gila lah, mimpi siang lah. tapi, kata-kata sahaja bukanlah masalah kan?

sama dengan aku. nampak satu benda contohnya makanan kat kedai, menitik air liur nak. jadi, berusahalah aku kumpul duit untuk dapatkan makanan tu. tapi ada satu lagi yang aku nak. bendanya tak boleh beli dengan duit. tapi tak tau la kalau dia ni mata duitan. apa yang aku nak ialah teman. teman hidup. ramai yang kata, apa masalahnya. cari aje la. boleh, aku boleh cari, tapi apa yang aku nak ialah yang sudah jadi milik orang.

aku kenal rapat dengan teman ni dari sekolah rendah. dia anak guru besar. baru transfer ke sekolah aku. ramai-ramai orang yang ada kat sekolah tu, aku ialah orang pertama yang dia tegur. pelik, tapi benar. bila aku dan teman ni selalu lepak bersama-sama, ramai la pulak yang bawak gosip bercinta lah, apa lah. tapi itu tak pernah timbul kat dalam kepala otak aku. weh, baru 12 tahun. jadi aku ‘don’t give a shit’ la kiranya. tapi, who am i kidding? akhirnya muncul jugak rasa sayang tu.

habis sekolah rendah. masing-masing bawak haluan sendiri. aku dapat pegi sekolah berasrama, dia dapat pegi sekolah harian. aku cakap, takpe, aku hantar surat setiap 2 minggu. keep the ‘no string attached relationship’ open. aku pathui janji aku, tapi hanya sampai 2 bulan sahaja. lepas tu aku lupa. sibuk dengan dunia aku, bertemu dengan orang lain. bak kata dr. m, melayu mudah lupa.

yap. mungkin aku dah lupakan teman aku tu.

bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *