sukma x 2004


working under the sun with a crappy shade

phew…finally i’m in kl after 3 days stuck in kuala pilah for sukma x 2004. shimi and i was assigned by malaysian rugby union to do some IT works, website updates and assist the sukma ict team in updating the results. it was very very tiring. anywhoo, i want to write the 3 days story in malay and the story is fuckin long. learn malay if you don’t understand it and if you want to read my story…

bertolak
shimi datang ambik aku kat rumah. time tu dah petang dan hujan. memula nak bertolak awal, tapi sebab shimi pergi sewa kereta, pastu mamat yang bagi sewa tu lambat, kiterang pun terkandas la sekejap. disebabkan shimi dah struggle gile sewa kereta, aku pun dengan rela hati drive le pergi kuala pilah. lagi satu sebab shimi dah ready duduk kat passenger seat time aku nak ke kereta. ho. nak masuk ke highway pun satu hal gak. kiterang tersangkut kat mrr2. hujan sikit je jam gile babi. kereta yang shimi sewa tu pun hard core sikit, lampu brek ke 3 je nyala. takpe selamba.

sesampai je kat seremban, kiterang call raqi, suruh dia jumpa kat ampangan. seremban masih cam dulu gak time aku pergi haritu. dapat jumpa raqi kejap je sebab dia ada hal. no problem aa…kiterang makan jap kat ampangan, pastu terus gerak ke kuala pilah. tension nya kuala pilah ni sebab jalan dia aje. berbengkok-bengkok. kiterang diberi tempat penginapan kat hotel nama desa inn. sampai kuala pilah, kiterang tercari-cari hotel tu. tanya-tanya orang baru jumpa. bilik kiterang ni jadi port lepak, jadi happening sikit la bilik. kat situ gak jadi tempat bersukan. ho ho…

bila bilik dah clear, kiterang jalan-jalan kat kuala pilah. ambik angin sambil cari kedai mamak mana yang masih bukak. time tu dah pukul 2:30 pagi rasanya. memang dah dijagkakan lah, kuala pilah memang berbeza dengan kl. pasaraya dekat sebelah hotel kiterang je. tengok-tengok banyak gak le kedai makan kat situ, tapi bukak time pagi aje la kot. masa kiterang ronda-ronda kuala pilah ushar jalan, bandar tu memang sunyi. last-last jumpa gak tempat makan kat atas dari town. kiterang melantak roti canai pastu balik hotel tido. penat beb.

hari pertama
first day kiterang lambat datang. match first dalam pukul 9. shimi la bangun lambat…haha. tempat sukan ragbi ni kat sekolah tuanku muhammad kat kuala pilah. sesampai je, orang semua tengah sibuk-sibuk. lepas kene briefing dengan che din, kiterang ambik tag sukma (kad akredasi), pastu terus setup command centre kiterang sebelah bilik ict. aku ingatkan dapat duduk bawah tempat teduh ke, dalam bilik ke. rupa-rupanya buat kerja tepi padang ni aaa bawah matahari. panas gile. kalau tak sebab orang mru carikan payung besar untuk kiterang, berpanas la kat situ. habis cair notebook aku nanti. dah setel command centre, aku pun on le notebook lama aku ni. kiterang diberitahu yang line internet kat sukma ni power. tm direct 2mbps. tapi bile aku sambung je wayar network kat notebook aku ni, macam palat. diorang pakai proxy, jadi banyak hal nak kena setup itu ini. menyusahkan. bila line internet dah dapat, speed dia pulak macam palat. slow nak mampus. cakap nya beriye-iya kata line laju, semua ada. sungguh bullshit. shimi selidik-selidik, dapat tau yang line internet ni sharing dengan server website sukma x. pastu line internet ni, telekom buat ala kadar je. tarik line network dari seremban ke kuala pilah. jauh gile tu. apa la salahnya dia pakai streamyx aje.

untuk result rasmi, orang boleh xs website sukma. tapi kiterang buat satu website khas untuk result sukma kat website mru. jadi sesiapa yang datang website mru dapat tengok result terkini. secara real time. untuk menambahkan ke’best’an website tu, kiterang letak le shout box, video clip dengan gambar. kasi menarik sikit. ict sukma ni bodow sket, sebab diorang block port 21 keluar. jadi terpaksa la aku guna webftp malaynet yang aku setup dulu. nasib baik boleh guna. jadi bila nak update website, aku kene upload satu-satu la pakai web. dah macam geocities lak. bila naik tengahari, aku dah start rasa bahang. berpeluh telur aku. payung besar yang ada pun tak mampu menahan. jadi untuk elakkan notebook kiterang ni meletup, lepas beberapa jam buat kerja, kiterang shutdown notebook pastu jalan-jalan ambik gambar dan video dan angin. time rehat, kiterang pergi cari kedai yang jual nasik lauk. dapat gak merasa masakan negeri sembilan. time rehat tu, kiterang cari cc kejap sebab nak buat kerja scan gambar. nasib baik sepol ada, dia sound ada cc kat sebelah kfc. cc tu aku tengok, ada lagi bebudak yang main half-life. teringat aku time tahun 1999 dulu main half-life ramai-ramai. hussler dulu woo main game ni.

match last sekali, melaka lawan perlis. melaka menang 19 0. time tu dah pukul 6 lebih. kiterang stay sekejap sebab nak transfer gambar dan video dari kamera aku. notebook kiterang takde firewire, jadi terpaksa la pinjam pc ict sukma, masukkan firewire card aku bawak dari kl. banyak gak video aku ambik. ada dekat 1gb size. nak pilih mana satu pun pening. banyak yang best. habis transfer, kiterang pergi beli megi kat kedai jap pastu balik hotel, terus tido. penat gile hari tu.

hari kedua
disebabkan hari pertama dah datang lambat, kiterang ingat nak datang awal hari kedua. lepas makan je, terus speed pergi. sampai je, tengok orang pun ramai tak sampai lagi. match start pukul 11. kiterang sampai dalam pukul 10 kot. hoho. tapi ok laa…dapat parking dekat. kalau tak manjang double parking je. hari kedua ni takde rehat. terus menerus dari pagi sampai petang. sakit gak le. dengan data entry, update website, pastu nak ambik gambar dengan video lagi. penat gile.

time hari kedua ni, aku duk ushar-ushar hot chicks je. tak ramai sangat le kat sini. well, kalau aku jaga sukan akuatik, ramai la hot chicks. biasa la aku, gersang. time petang, shimi sound aku kiterang kene pergi dinner sukma kat dewan besar kuala pilah. takpe la kot, kalau makan-makan ni aku on aje. time makan tu, ada la band main lagu-lagu yang popular sekarang. nanti aku upload la video dinner tu. ok gak le band tu main. tapi aku ingat ada artis popular…haha. lepas dinner, kiterang gerak ke seremban jumpa raqi. dah sangap sangat duduk kat kuala pilah ni tak buat apa-apa. kiterang pi makan-makan kat ampangan. puas la jugak duk pujuk raqi suruh datang kuala pilah. tapi dia tak dapat. well, tak kisah le kot. balik kuala pilah, kiterang buat kerja sket, makan megi pastu terus tido dengan laptop on semua.

hari ketiga
final day. kiterang sampai lambat sikit, jadi terpaksa double parking. hari ni semua nak datang, tuanku jaafar, tengku naquiyuddin. menteri besar aje la kot tak datang. aku tengok fru pun ada mungkin sebab takut bebudak kelantan dengan negeri sembilan gaduh cam match bola tu. tapi bebudak ragbi apa barang nak gaduh-gaduh. gentlemen la. lepas siapkan command centre, berusaha la kiterang nak update result kat web. dekat pukul 3 aje, internet down. nak access apa-apa pun tak boleh. kiterang pun tanya-tanya la kenapa. ict kat seremban kata internet satu malaysia down. aku pun terpikir. apa ke lancaunya reason macam tu? diorang ingat kiterang ni bodoh betul ke sampai nak percaya reason macam tu sekali. walaupun telekom malaysia ni memang sial sket, takkan le bodoh sangat diorang sampai dns server diorang boleh down? ntah apa-apa. nak menipu orang pun berpada-pada la. selidik punye selidik, rupa-rupanya diorang shut down proxy server sebab orang ict seremban tak bersungguh-sungguh buat kerja. asyik download video dengan mp3 aje.

ish orang seremban ni macam tak pernah jumpa internet la pulak. tau la line laju kat seremban. rilek-rilek la. aku kat kuala pilah tu nak download pun takde selera. kat kl pun kekadang takde mood. bila diorang dah shutdown proxy server tuh, maknanya kiterang dah tak boleh buat kerja dah. nak access website mru ke, nak ftp ke semua tak boleh. kene tutup kedai. kiterang shutdown semua notebook pastu bungkus. kemas kedai. bebudak ict tengok pun takut je, diorang rasa kiterang mengamuk kot? huh…bodoh sungguh. aku dengan shimi ingat nak balik dah tapi sebab match belum habis, stay aje la kot. shimi pergi update result hard copy untuk mru, aku plak angkut le tongkat kamera aku ni ke sana ke sini nak ambik gambar. nak tambah bengang, time aku tengah ambik gambar, ada pulak budak pergi pegang lens kamera aku. nak mengamuk aje rasanya. nasib baik budak.

time tungku naquiyuddin dengan tuanku jaafar datang, dapat le jugak aku berasak-asak dengan media nak ambik gambar. gambar dan video yang aku dapat ni kira ok la jugak. ha ha…best best. time bagi hadiah pun dapat la jugak angle-angle yang menarik untuk menagmbil gambar. hafis telefon aku kata dia nak datang kuala pilah. respek la jugak aku dengan hafis. sanggup datang dari johor. bebudak lain yang duduk dekat pun tak datang. ada aje reason-reason bodoh. habis match akhir, kelantan lawan negeri sembilan (kelantan menang 19 0), kiterang dengan hafis gerak ke seremban, pergi minum-minum sambil cari souvenir sukma. kiterang lepak kat tempat makan kat pusat akuatik seremban. kiterang ajak raqi lepak sekali. macam biasa, kat pusat akuatik tu, aku ushar-ushar lagi hot chicks. gersang beb. ho ho. hafis ajak pergi berkemah kat port dickson, tapi time tu kiterang pun dah aku dengan shimi penat gile, nak balik kl. sambil tu, kiterang ajak hafis turun kl. dia pun tak nak gak.

sesampai aje aku kat kl ni, balik rumah terus tido. tak ingat dunia punye. ho ho. secara kesimpulannya, sukma kat negeri sembilan ni ok la, tapi satu bende aje yang aku tak puas hati. bahagian ict dioarang la. incompetent. tak bersungguh-sungguh. pastu lagisatu kuat menipu. tipu yang mengarut-mengarut pulak tu. patutla ada member yang kerja kat majlis olimpik cakap, sukma ni low class. apa barang ek? hehe…okey, aku sign off dulu. nak sambung tido.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *