king of the road

posting ni aku rasa dah lambat tulis kot, tapi dengan selambanya aku pusing balik tarikh blog ni. ha ha ha. jumaat lepas, mak, kakak dengan kakak sedara aku nak balik kuantan. aku teringin aje nak ikut, tapi malangnye aku ada kerja sikit kat kl ni ha. tengok le kalau senang, teringin gak aku pergi sana, makan mi kat planet kari. mmm…sedap. nak dijadikan cerita, masa nak hantar diorang ke puduraya, dah lambat. bas pukul 8:30pm, bertolak dari rumah pukul 7:30pm. peh, ligan aku dari rumah ke puduraya. dah le jalan jem macam palat. habis semua skill-skill driving (kononnye) aku keluarkan sebab nak kasi sampai. tapi tak sempat. lambat 5 minit je, bas dah berambus. kaunter transnasional kata boleh tahan kat tol gombak. aku pun apa lagi, speeding macam orang gile hantar diorang ke sana. ramai la kot yang menyumpah cara driving aku hari tu kot. tapi lantak lah. janji diorang sempat naik bas. tapi kalau driving cara gila ni tak boleh buat selalu-selalu. tak elok…hehe. balik rumah aku terus pengsan, penat.

hujung minggu aku kat kl ni aku sibuk buat assignment aje. vb lah, data com lah. pening kelapa parut kepala aku. sempat la jugak aku pergi shah alam, lepak dengan ustaz kat cc dia tuh. kesian dia kena dera, aku mintak buatkan vb aku. keh keh keh…boleh tahan cc tuh, pakai streamyx sdsl. apai yang setup server routing kat situ. tapi aku tengok cam tak power je. ada error sana sini. ustaz aku lagi terror kot, selamba aje setting 2 ketul server untuk satu bangunan besar (ayat untuk mengipas member). aku ingat nak datang waktu pagi shah alam ni, boleh jalan tengok-tengok, ambik gambar, etc. tapi disebabkan keadaan dan pemandangan masih sama dan aku tak nak terserempak dengan ‘X’ atau geng-gengnya yang lain, aku datang le malam. lagi best kot? ha ha ha…baki-baki hujung minggu aku ni, aku lepak dengan ayah aku. jalan-jalan, belanja dia makan, etc. lama dah tak lepak dengan ayah aku. aku ingatkan nak belanja time fathers day haritu, tapi tak sempat sebab ayah aku busy. kalau ada masa terluang lagi, teringin gak aku pergi penang lepak dengan ayah aku kat sana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *