hidup lagi ke?

yerp, dah lama tak post. maaf kepada semua (ada orang baca ke?). kebelakangan ni, sibuk giler lah (reason ni lagi). minggu lepas aku sibuk duk buat final project. 2 ketul lak tu. satu buat sistem visual basic, lagi satu tu buat research untuk network. hantar dan present pada hari yang sama. visual basic aku buat program management database pelajar dan markah, best tuh…hehe. macam biasa lah, disebabkan nak jaga ego, assignment tu semua kena buat yang power gile. group empat orang, tapi yang duk buatnya dua orang je. aku ngan mel. banyak gak duit aku abis. tension gak le, tapi apa bleh buat…sabar je lah.

takde cerita menarik sebenarnya aku nak story. ni pun sebab aku banyak duk kat rumah. nak speaking dalam blog ni pun rasa malas lak. nak kena translate bahasa lagi, eheh. malam merdeka aritu member-member banyak gak ajak keluar. tapi aku pilih nak duduk kat rumah aje. cadang nak tido awal, tapi member aku yang sorang ni telefon beriye-iye mintak teman. katanya baru clash dengan awek. dah lama kapel katanya. nak kata bengong karang, marah pulak member. so, aku pun pergi le teman dia. nak pastikan budak tu tak buat bende-bende yang tak senonoh.

itu le dia, nak berkapel muda-muda ni tapi tak reti nak maintain. bila clash, habis terpalit dengan kawan-kawan lain. kat tempat aku belajar tuh ada la dua orang member aku ni kapel. kawan-kawan classmet. diorang kapel tahan 3 bulan je aku rasa. nak sangat declare awal-awal, ambik ko terus clash. disebabkan aku rapat dengan budak lelaki tuh, ex-awek dia terus tak tegur aku. sampai member-member pompuan dia pun tak bertegur sapa dengan aku. buat-buat tak kenal la gamaknya. ada ka sampai gitu sekali, sebab clash aje terus putus member? sedih gak aku, tapi nak buat cemana. mungkin bebudak ni muda-muda lagi, mungkin tak berapa faham erti dunia sebenar. lantak le korang, malas lah nak ambik pot.

final aku dah nak dekat. sekarang ni pun sibuk duk stadi. nak score le katakan…ha ha ha. rimas plak aku kekadang dengan rambut panjang ni. simpan ni pun sebab nak merasa rambut panjang. botak dah rasa dah. agak-agak bila dah tension sangat, potong la kot. tiba-tiba aku tengok letrik kat rumah aku ni cam ada masalah. power tak stabil. untuk mengelakkan pc ni dari rosak, baik aku shutdown dulu. aku bercerita lagi lain hari…

3 thoughts on “hidup lagi ke?

  1. ai azfar.mcm terpranjat!tgk blog in malays..(konon2 ler..)biasak la…kekadang the vital M tu mmg jd pengunjung setia kan.neway, gud luck tuk final n sume benda yg azfar wat.nanti nk mai lagi…nk menyibuk….take care dude…:))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *