fesyen dan thumbdrive

wopp…tetiba pulak aku bangun pagi hari ni. aku punya mood nak menulis pun tiba-tiba sampai. tapi aku teringin nak tulis dalam bm la pulak. malam semalam, aku lepak-lepak dengan ayah aku kat kedai mamak (pelita, klcc). first time aku lepak situ ngan shimi. saja-saja nak impress ayah aku, aku bawak dia pergi minum kat situ. time aku tengah melantak roti canai bawang ni, aku pandang-pandang le keadaan sekeliling. ramai gak le bebudak muda-mudi yang baru mengenal dunia ni lepak kat situ. dessing sekor-sekor fuhh…seperti esok tiada lagi. disebabkan pepagi buta tu supermarket atau shopping complex masih belum bukak, aku menganggarkan yang diorang ni kebanyakannya baru balik dari disko atau konsert alicia keys. tak kisah le memana pun, sebab i don’t give a shit.

pandang dan pandang aku tertarik kat satu meja ni. minah ni pakai, bergaya abis. nampak itu ini. yang tak tahannya, siap pakai cermin mata hitam. aisey, apa kejadahnye la pakai cermin mata hitam pepagi buta ni. nampak je jalannya? mungkin dengan adanya spek mata hitam, penglihatan dikorbankan demi gaya. sama le jugak time aku lepak-lepak kat kedai makan area ampang nih. ada mamat nih pakai cermin mata hitam time memalam buta. aku dengan member aku terus gelak abis-abisan le kat situ. aduh…ntah le muda mudi sekarang ni.

dah lama aku tak baca new straits times. time sekolah dulu, selalu gak le baca sebab sekolah aku buat projek add (akhbar dalam darjah). benda favourite aku kat nst ni kartun dengan computimes. he he he. satu hari tu, kakak aku beli nst baru yang saiz kecik tu. biasanya dia beli the star. the star pun sama le jugak, aku minat bahagian kartun dengan tech-central je. berbalik kepada cerita nst tadi, aku ada ternampak satu artikel pasal fesyen dan thumbdrive. so, aku pun teringin nak bercerita pasal tu kat sini.

thumbdrive kat atas ni aku punya (duh!). kapasiti 256mb dengan keupayaan lock dan usb 2.0. harga dia time beli dulu dalam rm180 camtu. ayah aku belanja time pc fair. begitu hebatnya teknologi sekarang, ram yang begitu besar dapat dikecilkan jadi sebesar ibu jari tangan. banyak gak le menatang ni menyumbang dalam menjayakan kehidupan aku. member-member aku pun sekarang dah ramai guna benda ni. dia dah jadi macam fashion statement. trend. aksesori kehidupan. kebanyakannya suka gantung kat leher, cam gantung telefon. ada yang buat key chain, ada yang letak dalam poket atau letak atas meja aje.

bagi aku ler, aku tak suka gantung-gantung benda kat leher ni. letak dalam poket aje sempoi. sama la jugak dengan handphone. walaupun sekecil manapun handphone, letak dalam poket aje. tapi sekarang ni aku letak handphone dalam poket baju kalau boleh. haritu aku ada terbaca pasal artikel yang kalau kita letak handphone dalam poket seluar boleh menyebabkan sperma jadi tak sihat. tu yang takut sket, ha ha ha…kalau aku pakai seluar jeans yang agak ketat sket, aku letak dalam poket baju gak. takut terkemik handphone aku nanti. ehh…berbalik kepada cerita thumbdrive tadi, menatang ni memudahkan aku dari segi perpindahan data.

kalau sebelum ni, aku pindah data pakai internet, cd-r/rw, lan crosslink cable dan disket. kalau simpan data kat internet ni, kebanyakannya aku simpan benda-benda yang nak pakai selalu. lagipun sekarang akses internet ada kat mana-mana. cd-r/rw ni aku dah jarang guna kecuali kalau nak simpan data kekal. satu kapasiti cd-r/rw ada dalam 700mb. kalau nak simpan sikit kan dah membazir. dengan lambat nak burn lagi, pastu possibility calar lah apa lah. disket, takyah cerita aaa. zaman dulu aku pakai disket nak transfer mp3, mau pakai dekat 3 bijik disket satu lagu. pakai zip compression. pehh…pastu mudah calar, kemik dan sebagainya.

dengan thumbdrive ni, nak simpan atau pindah data menjadi senang dan cepat. cucuk kat pc, pastu terus boleh pakai. dengan teknologi yang semakin membangun nih, kapasiti thumbdrive akan menjadi lebih besar dan saiz benda tu akan menjadi semakin kecil. sekarang ni pun dah ada thumbdrive kapasiti 1gb, saiz besar pen aje. bentuk thumbdrive pun bermacam-macam dah sekarang. bentuk bulat, warna warni. ada pulak sesetengahnya diintegrate dengan peralatan lain macam mp3 player, digital camera, bluetooth, wireless lan dan macam-macam lagi. hebat-hebat. kalau kat dalam filem, dulu orang tunjuk nak pindah data pakai cd, mungkin sekarang orang pakai thumbdrive aje.

lagi kecik sesuatu barang tu, lagi senang hilang. iye ke? tapi yang nyatanya, tak kisah le kecil atau besar. thumbdrive ni memang berguna. aku rekemen kat korang semua supaya angkat satu. kita masuk ke trend terkini. berguna dari segi penyimpanan data hinggalah kepada fesyen. lagipun, kalau kita guna thumbdrive ni nanti, orang tengok kita pun nampak cool. bergaya, macho dan ada kelas. kira berlagak la sikit. ha ha ha…

3 thoughts on “fesyen dan thumbdrive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *