the popular incident

hurm…hari pertama kelas aku start. ok gak le. ramai muka-muka baru aku nampak. semester ni, bebudak kelas aku sama macam semester lepas. subjek internet programming dah start belajar. nasib yang mengajar tu mentor aku. boleh kipas lebih-lebih sikit. ha ha. kelas aku habis pukul 12 tengahari, pastu ada kelas database pukul 1 petang. untuk menghabiskan masa menunggu, aku pergi lepak dengan member aku kat ampang point. time tu kiterang pergi kedai buku popular. popular ada buat diskaun barang alat tulis terpilih. satu barang 50sen. peh, sapa tak nak. kiterang terus la punggah barang-barang tuh. aku ambik pembaris, highlighter, pen dengan liquid paper. aku nak pergi bayar terus sebab nak pergi tandas, tapi mel tahan aku sebab ada nadia dan rakan-rakan kat area counter. aku garu kepala yang tak gatal. bila ‘line’ dah clear, kiterang pergi bayar. cashier la pulak masalahnye. diorang punye sistem tak recognize harga barang tu sebagai 50sen. sistem tak update la ni. ada le tersangkut dekat 20minit kat situ. muka aku pun dah naik tebal. customer lain yang beratur belakang aku pun dah pandang slek. aduh…abis kelas database aku pukul 3, aku pergi main snooker dengan mel. takde le aku ni hussler sangat main, ala kadar je.

malamnye time aku borak-borak dengan razif, kiterang borak-borak pasal cerita kat tv. pastu masuk la bab cerita smallville. aku kerek la dengan dia yang aku dah tengok season 3 full. dia kata dia dah tengok season 4. secara tiba-tiba, aku teruja untuk mendownload season 4. takde la aku minat sangat cerita smallville ni. tengok gitu-gitu je. tak follow. season 3 yang ada dalam hard disk backup ni pun takde masa nak tengok, tapi season 4 buleh lak aku tengok. ha ha. ok gak le season 4. clark kent boleh terbang. nak cerita kasi habis karang, spoil lak untuk sesiapa yang belum tengok tuh. ok ah, ada kerja, chalow…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *