muzik

nampak tak ape bende kat atas tu? drum set yang diautograf oleh group spider. ha ha ha. semalam aku kelas dua bijik je. satu pagi satu petang. of course, aku datang dua-dua. tanpa disedari, aku rupanya ada banyak lagi assignment. bertambah-tambah pulak time nak dekat exam ni. petang plak tetibe jari kaki aku sakit. ni sure salah duduk ni. habis kelas aku terus gerak ke um. bebudak sana nak buat battle of the band pastu nak mintak aku jadi cameramen. aku tak kisah, janji ada upahnye nanti. ha ha ha. ok gak le bebudak um ni main. kiranya artis-artis kat malaysia ni perlu risau sket. terjumpa rano kat sini. sampai gak dia kat um ni. semalam dia dah sound nak ikut. aku duk kat bahagian atas sekali. seat belakang aku penuh hot chickas. tak masuk lagi kat area sekeliling aku ni dalam auditorium perdanasiswa tuh…fuhh. ingatkan si shimi tu tak datang, time aku tengah setup camera, baru ternampak. dapat le aku sehelai t-shit battle of the band nih. walaupun kecik dan apabila aku memakainya mengakitbatkan aku kelihatan seperti abang macho yang kurus, thanks bebanyak le bro. aku pakai le nanti kalau nak pegi kelas…he he he.

cream of the event dah tentu time persembahan artis jemputan. spider. diorang main enam lagu kalau tak silap aku. semuanya aku capture dalam video camera. sikit-sikit lagi aku keluarkan le exclusive video clip download. ha ha ha. habis event, berebut-rebut bebudak nak bergambar dan berautograf dengan spider. aku ni jenis malas sket sebab aku tak minat band ni. ada le jugak member-member yang mintak tolong ambik gambar (oh yam, sori aa digital camera aku tak keluar flash semalam. bateri habis. tapi gambar ko clear la…hehehe). disebabkan camera digital aku habis bateri, aku terpaksa la guna kamera slr ni. sesiapa yang ada aku ambik gambar tu, tunggu la aku cuci filem dulu. dah setel tu nanti aku scan pastu upload la kat sini. pasal video tu pulak, nanti dah habis encoding, aku upload la kat sini. tu pun tengok dulu kalau mood aku ok ke tak…ha ha ha. balik rumah, terus terbongkang sampai pukul 3 petang. nasib baik kelas cancel hari ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *