data struct

ni lagi satu puisi (ye ke?) rasa macam tak betul aje. entahle…

data struct

berjumpa kali pertama
aku tak suka tapi terpaksa
kiri dan kanan
tak dapat ku elak

sepuluh topik
aku tergaru-garu
projek akhir tahun
aku mengeluh lesu

rekursif dan baris gilir tidak ku gemari
kuiz dan latihan susah sekali
paling ku suka graf dan isihan
babnya pendek, mudah difahami

hari ini kita berpisah
kali terakhir aku bersamamu
telah ku cuba sedaya upaya
berharap usahaku berbaloi jua

– azfar ismail @ 04/02/05 – 2:40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *