gelojoh

yoshh…aku ada break satu minggu nih. dua paper final dah lepas. ada tinggal lagi dua. database dan multimedia. fuhh…anywhoo, mak saudara aku dari indonesia datang aritu, nak setelkan hal sewa rumah anak dia belajar kat sini. dapat le aku merasa first time makan kat restoran tupai-tupai. lokasi dia kat area belakang dewan bahasa dan pustaka. err…dia ada kat sebelah bangunan gapena. gile mahal, well dah tentu la kot. yang cutenya tupai dia je, diorang letak dalam bekas kaca kat depan kedai.

ehh, berbalik kepada cerita asal. aku tak ikut time nak pergi setelkan hal sewa rumah ni, sebab aku ada paper pagi sabtu tuh. aku dengar mak aku cerita. saudara aku yang belajar kat sini nih, pakat-pakat le dengan kawan-kawan dia nak sewa aparment kat area puchong ni. bebudak kaya dari indonesia, well takpe la kot. diorang deal sendiri-sendiri dengan broker rumah sewa tuh. mula-mula broker rumah sewa tu offer rm800 sebulan kat bebudak ni, lepas tu dengan tiba-tibanya jadi rm850 pulak. tanpa banyak bunyi, bebudak tu terus bayar deposit. rumahnya tu kosong, takde furniture. air pun takde. bebudak tu dah mula risau. selidik punya selidik, broker rumah tu dengan sesuka hatinya menambah rm50 untuk duit poket dia. agaknya dia tengok ni semua bebudak je, mak bapak kaya pulak tu. jadi rasa boleh makan le kot. belum masuk tuan rumah dia lagi, perempuan dalam mid 30 agaknya, bekerja sebagai eksekutif kat salah satu bank di malaysia nih. alkisahnya, kawan saudara aku ni nak pasang air-cond dan water heater dalam bilik dia. terus dia kasi selepuk rm1500 kat tuan rumah tu. sampai la ni tak pasang-pasang lagi. terbeliak agaknya mata tuan rumah tu bila bebudak ni main kasi je duit.

diorang bayar dah dekat sebulan rasanya, tapi satu apa pun rumah tu tak setel lagi. agreement pun baru sign semalam. itu yang mak aku pergi setelkan problem ni. well, nasib la kena maki hamun tuan rumah tu. baru la terhegeh-hegeh nak buat itu ini. mula-mula mak aku telefon tuan rumah ni dia tak nak jawab, cuba melarikan diri le tu. bile cakap nak buat report polis, terus muncul tah dari mana. dah habis kena bambu dengan mak aku, baru la ternampak rasa menyesal kat muka dia kot. tak sangka bebudak ni ada backup baik punye.

oh, broker rumah sewa dan tuan rumah tu semuanya melayu. itu le dianya orang melayu kita nih. asyik nak bertangguk kat air keruh je. bukan ayer keroh kat melaka tu. dia tengok orang yang deal dengan dia bebudak muda, student pastu mak bapak kaya, terus cari jalan nak ‘makan’ bebudak ni. gelojoh tak bertempat. asyik nak menipu je kerjanya. malang le nasib diorang kali ni sebab dah kantoi. lain-lain sebelum ni macamana la agaknya. benda yang paling malu sekali ini lah dia, perangai orang melayu islam malaysia. ternampak terus kat mata foreigner. memalukan negara sungguh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *