gate

suatu hari, di dalam suratkhabar utusan malaysia…

Kecewa khidmat Internet Streamyx

Saudara Pengarang,

SAYA baru sahaja menggunakan perkhidmatan Internet Streamyx selama seminggu dan saya dapati kelajuan streamyx ini sangatlah perlahan iaitu kelajuan 10.0 Mbps sedangkan saya menggunakan pakej RM99 sebulan yang sepatutnya boleh mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE.

Memanglah untuk mencapai kelajuan sebanyak 1 GATE adalah susah, sekurang-kurangnya kelajuan 500.0 Mbps dapat dicapai.

Tetapi kelajuan yang saya dapat hanyalah kelajuan 10.0 Mpbs sedangkan komputer saya menggunakan dua prosesor Xeon yang sangat laju dan memorinya sebanyak 2 GATE.

Jadi saya pun menghubungi Streamyx untuk memberitahu masalah yang saya hadapi.

Respons yang diberikan amatlah mengecewakan. Mereka menyuruh saya menunggu sebentar sambil menghidangkan muzik yang entah apa-apa.

Saya terpaksa menunggu hinggalah duit kad prabayar saya sebanyak RM30 melayang.

Kemudian keesokannya saya cuba menghubungi Streamyx sekali lagi.

Kali ini barulah mereka melayan saya. Saya pun menceritakan masalah saya dan kemudian mengikut arahan yang diberikan tetapi tidak juga dapat meningkatkan kelajuan Internet tersebut.

Saya menghubungi mereka sekali lagi dan menyuruh mereka menghantar orang untuk memeriksa modem saya. Tetapi mereka mengatakan terpaksa membuat report dahulu.

Setelah memberikan report bernombor 3145629 bertarikh 28/4/2005, mereka berjanji dalam masa satu hingga dua jam kemudian, mereka akan menghubungi saya kembali.

Tetapi sampai keesokan harinya mereka masih tidak menghubungi saya dan sehingga ke hari ini, langsung tiada panggilan daripada pihak Streamyx untuk menyelesaikan masalah saya ini.

– PELANGGAN KECEWA, Gombak, Selangor.

hmm…gate. gate besi pintu pagar ke? tolonglah tm net, sila bantu pelanggan ini. tq azlan for the article.

One thought on “gate

  1. senang jee.. buang modem tu kat lombong, pastu bakar kedai telekom. abis cerita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *