laungan tanpa erti

memang dah jadi lumrah rakyat malaysia untuk keluar ke bandar setiap kali ada perayaan, cuti, dsb. dalam konteks kali ni, merdeka. mak ai, ramai gila orang. lebih-lebih lagi kat tempat kebanggan semua, klcc. dalam lrt toksah cerita la. malam sebelum 30 ogos tu aku kena kerja (huh). jadi, wtf la kan. rasa cam nak bertumbuk je. kena jumpa dalam pukul 11 malam lebih. tapi, ada member ajak aku keluar. dia kata nak belanja makan dan tengok wayang kat sunway. hoh, bende free aku memang suka.

sebab tak nak tersangkut dalam jam, aku naik lrt. sudah pasti, tin sardin. orang yang balik kerja memang aku dah expect. dicampur pulak dengan budak-budak sekolah ‘yang baru nak naik’ ni dengan jaket, rantai, subang, etc. etc. oh, tak lupa bendera malaysia. bagus la kalau ada semangat patriotik. tapi, memang betulkah semangat tu ada dalam diri atau hanya sebagai perhiasan setahun sekali?

tak kurang juga dengan di jalanan. aku tengok kereta dihias dengan bendera kiri dan kanan. hud dilampirkan bendera malaysia. sticker ditampal di cermin kereta. mat rempit mat cemerlang kesana dan kesini dengan bendera malaysia tak lekang dari pandangan. penuh dengan semangat merdeka. ada yang memberi komen pada aku. mana bendera malaysia? aku mengaku, yang aku tak letak pun bendera malaysia pun kat kereta aku. perkataan yang ada malaysia aku rasa kat road tax tu kut. adakah itu menjadikan aku sebagai seorang yang tak patriotik?

balik dari sunway, aku tengok kereta ‘racing’ antara satu sama lain, kiri dan kanan. mat rempit mat cemerlang mencelah disana sini. memecut laju di lebuhraya persekutuan. aku juga ternampak sehelai bendera tercicir diatas jalan dan digelek setiap kereta yang lalu. kasihan, bendera malaysia dihina sebegitu rupa. mana semangat merdeka tadi? hilang dibawa angin?

tepat jam 12 malam, masing-masing bersorak merdeka. bunga api berterbangan di sana sini. tapi fahamkah mereka maksud merdeka? erti merdeka yang sepatutnya? atau hanya ucapan yang dilaungkan setiap tahun tanpa sebarang erti? ya, merdekalah anak-anak muda kita dengan berdua-duaan di tasik, ditaman. anak-anak muda yang berkeliaran tanpa dipedulikan oleh emak dan ayah. anak-anak muda meneguk air kuning sehingga lupa diri dan anak-anak muda bergadai nyawa di jalanan.

merdekalah kita semua.

p/s: ho ho ho…ape bende la yang aku mengarut kat atas neh.

2 thoughts on “laungan tanpa erti

  1. jgn lupa mat kayuh yg makin byk…. huhu… mcm anak kambing… :-b

  2. Syabas!! ada juga rakyat kita yang prihatin dengan budaya hari ini. :clap:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *