free time

sejak dua menjak aku dah setel semua hal ni, banyak betul masa percuma aku. bila dah percuma ni, asyik kene suruh aje lah. tapi takpe, sebab arahan datang dari boss besar. direct order tak boleh dideny. nanti tak manis. he he. lagipun sekarang, dapat aku setelkan projek berkebun dibelakang rumah aku. sekurang-kurangnya, nampak le clear sikit. kalau tak bersemak aje. aku tengok pun benci.

dua bulan lepas, isi rumah aku ditambah ahli baru. kucing. nama chemong (teka nama ni asal dari mana). ok la, ada penghibur. cuma yang aku tak tahan, bulu bersepah dengan maintenance. mak aii…dengan upah grooming la, makan la, hape la. gile sewel. sebabkan aku adalah salah seorang dari isi rumah, kene chip-in lah.

nasib baik aku tak mengantuk lagi. ni baru je balik dari putrajaya. duk pusing-pusing cari pasal. macam kat kl takde tempat lepak je (eh, memang takde pun. gile bosan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *