pengiraan biol

aku boleh ignore, tapi aku tak boleh lari selama-lamanya. kecualilah kalau aku pegi pindah duduk kat marikh sana tu. memandangkan aku dah dapat surat dari ptptn, aku bukak dengan rakus menyebabkan kad bank aku bergegar. heh. statement. satu aje la yang aku marah ni. kata bayar bunga 3%, eh, bukan bunga dol, ‘yuran perkhidmatan’. tapi, tak mesra pelanggan langsung. website dah le slow nak mampos. sekali, bila aku tengok formula untuk jumlah bayaran bulanan (rajah diatas), hoh, macam nak buat add math. sial. nasib baik aku terrer kire-kire, tamau pakai calculator dia. keh keh.

ape la barang. kalau dia tulis siap-siap dalam statement tu, bape hengget kene bayar tetiap bulan kan senang. susah ke? aku bayar 3% untuk bodo-bodo gitu je ke? ceh. nasib jugakle dulu aku pinjam sikit je. boleh konsentret kat hutang-hutang yang lain. tapi, well, itulah dia. dah pinjam, tak dapek le nak liat bayar. hutang sikit-sikit aje sudaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *