merdeka

nyeh. dah 50 tahun. apa yang dah dicapai lepas 50 tahun? kalau ikutkan yang secara general, banyak gak pencapaian. maju. gile maju. tapi, kalau didetailkan, tak banyak. makin teruk ada la kut. petang lepas habis urusan, aku jalan menuju ke lrt, nak balik rumah. yep, rakyat masih di tahap yang sama. polisi enjoy first. semangat berkumpul di klcc atau kat mana-mana sahaja, menjerit merdeka tanpa mengetahui, apa maksud merdeka tu sebenarnya. lagi best bila tengok ada yang sesetengahnya takde i.c warna biru tetap bersama-sama jerit merdeka.

sana sini orang duk citer pasal merdeka. aku tengok kat tv aritu, diorang tanya minah ni, apa erti merdeka kepada generasi muda. minah tu diam kejap, tergagap-gagap, pastu bagi jawapan yang aku rasa tak compatible langsung dengan soalan. mamat yang tanya soalan tu mengiyekan aje la jawapan minah ni. ehh…budak sekolah rendah pun reti jawab tu. jawapan kepada erti merdeka tu ada kat mana-mana dah sekarang. dah jadi macam template. orang boleh copy, pastu ubah sket-sket mengikut citarasa.

aku ada perbincangan malam tu, jadi aku duduk kat kedai mamak je berbincang. aku terpegun kejap tengok semangat auntie yang aku rasa dalam lingkungan 60-an yang duduk kat meja di depan aku. dengan bendera dan sebagainya. bila tiba jam 12 malam, dia menjerit merdeka dengan mengibar-ngibarkan bendera. main sahaja lagu negaraku, dia berdiri menghormati lagu kebangsaan. muda-mudi sekarang ada macam ni lagi ke? ada sesetengah tu, lagu negaraku pun tak tahu. heh, tak larat aku nak tulis semua. pepandai pikir le.

oh anyway, sambil-sambil tu, aku jawab tag dari kelapa ais:

kenapa anda berbangga lahir di bumi malaysia?
> bangga kerana kita, bangsa malaysia mampu terus hidup walaupun terus dijajah, ditindas secara tidak langsung. bersemangat menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba.

kenapa anda sepatutnya cukup bersyukur berada dibumi malaysia ini tatkala menyambut merdeka?
> tersenyum dan melihat negara yang sentosa bermandi lampu dan bunga api, meraikan kebebasan daripada penjajah. melupakan segala masalah walaupun hanya seketika.

so, apa erti merdeka buat aku? ni jawapan template dari aku. kebebasan untuk memilih jalan hidup sendiri. masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri. apa yang kita buat hari ini memberi implikasi kepada hari berikut. kalau nak kata merdeka dari segi menyeluruh, tak dapat la. kita memang pun sudah dijajah sama ada dari segi luaran (kewangan, politik) mahupun minda (jumud, kebelakang). merdeka adalah satu hari yang harus selalu diingat, menggambarkan betapa sukarnya perjalanan hidup kita. bukanlah satu hari yang diingati kerana hari tu cuti sahaja.

membebel plak. selamat hari merdeka yang ke 50 dari aku. adios.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *