Press "Enter" to skip to content

Month: March 2008

indigo: andai kau pergi

Dikau pernah berkata
Akulah segalanya
Tanpaku tak mungkin kau bahagia

Namun di sebaliknya
Setelah ku percaya
Kau bersikap dinginku terpinga

Andai kau pergi
Hilanglah arahku
Jangan kau pergi
Usah kau pergi
Andai kau pergi hampir pasti
Berteman pilu sepanjang hayatku

Dengan sepenuh cinta
Daku tanam di dada
Dengan harapan terbina istana

Apakah di mindamu
Mengapa kau membisu
Hanya katakan kau masih menyinta

Ku tak mengerti
Mengapa kau bersikap sebegitu
Andainya, kau tahu hatiku
Betapa penuh di dada menyintamu

Sayang, ku masih tidak mengerti
Ke manakah hilangnya cintamu
Jiwaku resah dan sepi
Andainya kau pergi

Leave a Comment

hilang-hilang

lama tak updet. takdelah itu menunjukkan yang aku dah hilang minat. ada, masih ada. tak abandon. meh aku kasi templet alasan nombor satu aku. busy. yaa…busy gile. banyak sangat benda yang kena disetelkan kat luar. kalau online pun duk menyepam kat forum sambil-sambil flame user lain. heh, hobi utama tuh, best. lagipun sekarang ni server aku dalam proses nak pindah keluar dari datacentre tmfak. dia jadi slow lalu aku malas updet. sebab apa pindah? yakni tmfak sekarang memang bertambah fak. membazirkan duit aje.

caturday yang lepas aku duk rumah aje. tak pergi mana-mana. penat lol. gym pun tak pergi. eh, lama pulak rasanya tak pergi gym. lepas jalan-jalan sarapan pagi, balik tidur sebab hujan. hue hue hue…ahad aku pergi family day kat sungai congkak disambil main-main tangkap gambar. hahahaha…oh wow. penat jugak sebab aku jadi co-organizer. resepi untuk bbq sudah tentu aku yang buat. semua kata sedap, lol. hehe…ok tuh. lepas makan, mandi sungai. pastu makan lagi. best.

dah, itu aje updet. esuk kerja.

Leave a Comment

terpangkah

amacam? seronok mengundi? first timers? best main pangkah-pangkah? gembira pilihan anda menang? bagusle. jangan ada yang menyesal atau kecil hati sudah. aku kat sini, kalau bab-bab politik malas nak cerita sebab aku ni bukannya power sangat. lagipun aku taknak ada ekstrimis yang duk spam aku punye comment macam dulu-dulu. kalau nak cerita politik, kasi bincang depan-depan muka. baru best. semuanya facts datang dari kepala otak sendiri bukan google.

kekadang aku tergelak la jugak membaca forum-forum dimana diorang ni duk beriye debate pasal politik. sampaikan ada yang info pun tunggang-langgang. camne belia malaysia gini. bagi yang berminat, tak salah nak berbincang tapi kalau info pun dah pincang, tak lengkap, payah le. mungkin ada sesetengah tu, dengar aje orang-orang tua duk bincang pasal politik, terus terasa yang dia dah dapat pengetahuan baru. benda ni tak susah nak bincang. yang perlu ada facts and figures. kalau ada pengalaman lain, bonus.

dah, aku malas nak elaborate lebih. btw, hujung minggu lepas aku dengan teman pergi the mines. gile babas lama aku tak pergi sini. bertahun-tahun. well, bagi yang jakun macam aku ni, agak ok gak la mines ni. bleh naik bot ronda-ronda. disebabkan ada wayang, aku pergi tengok cerita duyung saiful apek tuh. stended ah citer professor. plot sama je. jalan cerita pun mudah dan simple. tak fikir banyak. heh lol. meh aku kasi jala cerita.

jimmy anak nelayan ada pet beruk nama orix tak suka tangkap dan makan ikan. ada pulau tiruan yang dia buat sendiri dengan barang-barang recycle. kerja dia kutip sampah yang dibuang dilaut. bercinta dengan aspalela. satu hari dia terjumpa ikan duyung nama puteri. jimmy cerita kat orang kampung tapi takde sapa percaya. ayah jimmy malu dan halau dia dari rumah. ikan duyung bawak pergi tempat dia, kasi jimmy emas. jimmy kaya dan membantu orang kampung. lalu kordi jeles dan tangkap duyung tu. jimmy selamatkan duyung, semua hepi.

duyung yang pada mulanya suka kat jimmy akhirnya mendapat teman. last sekali digi pasang menara telekomunikasi kat pulau tiruan yang jimmy buat. semua menari dan menyanyi. hepi ending. kesimpulannya, digi sucks gile buat plug kat filem ni dengan menyatakan yang beruk jimi, orix hanya boleh sebut perkataan “fu-yoh”. ha ha ha ha…lol. sekian terima kasih.

4 Comments