le tour de ‘kurang ajar’

erm…ni saja-saja je post. korang semua ada follow pasal le tour de langkawi? yang terbaru ialah stage 10, kuala lumpur criterium.


graeme brown (ceramica panaria-navigare) menerima jersi dan hadiah daripada yang di-pertuan agong. gambar dari tdl.com.my

aku tak layan pun sebenarnya, tapi memandangkan tadi aku tengah boring, aku ushar-ushar le rancangan live ni kat ntv7. ada dua bende yang agak tak ok. satu, time pemenang untuk stage 10 ni (mamat kat gambar atas ni-kalau tak silap aku la), dengan selambanya pakaikan topi dia kat yang di-pertuan agong. amboih, kurang ajar sungguh. nasib baik la agong tu sporting. kalau tidak, ada yang lama dah makan pelempang. salah siapa? haa…tak tau le. organizer patut bagitau awal-awal la pasal protokol. orang inggeris orang ni semua bodo, ada raja tak reti hormat (oops…pembetulan. shahrizan sound aku. orang putih ada raja, tapi sesetangahnya aje la). dua, time pengacara pompuan tu tanya salah satu pelumba, “what do you want to do after this?” (begitu kot soalan dia). kemudian pelumba tu dengan selambanya menjawab, “i want to spend the night with you”. terdiam pengacara pompuan tu. haa…amacam kalau gini? tak beradab sungguh. rancangan live pulak ni. ish ish ish…sekian pandangan aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *