tin kosong

nyeh. bosan.

tadi dari pagi sampai le ke petang, aku duk check e-mel, buat report pastu tengok mesin online atau offline. selain tu, aku duk main solitaire dalam pc. tapi takpe. walaupun bosan, i like it. mengantuk gile, tapi memang tak boleh tido la jack (nanti jatuh saham aku). jadi, aku boleh buat benda kedua yang aku suka. membaca. kadangkala, waktu makan tengahari, aku bukak buku, baca. diri dalam lif, bukak buku, baca. ataupun selain itu, aku bukak wikipedia, pastu baca satu persatu artikel. tekan sana sini. ntahle. bagi aku, seronok gamaknya.

so, pusing sini sana, aku terjumpa dengan link yutub ni. dia bagi cara nak tingkatkan kuasa signal wireless korang. pakai kadbod dengan aluminium foil je. sebab aku bosan ya’amat sangat, aku baru je buat menatang tuh (sila rujuk gambar diatas), tapi pakai kertas A4 sebab aku takde kertas keras. nampak cam sial je. aku tak test lagi camne peningkatan signal sebab aku nak menaip entry ni. karang aku cube lah. kalau tak jadi, aku bakar bende tu kasi hangus. ok?

One thought on “tin kosong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *