anger

phew, akhirnya sampai kat penang. touch down pukul 3:30 pagi. singgah kat restoran makbul nasi kandar kejap, sahur. aku gatal plak hari ni, pi makan telur 3/4 masak. sampai rumah, sakit perut. pas tu terus tidur. tahun ni gayanya aku raya kat penang. boleh la beraya dengan nenek aku kat kulim. raya kedua baru family aku gerak ke kuantan, sambung raya kat sana. selama drive memang penat. yang gile, yang sewel, semua ada kat highway tuh. berhati-hati le kalau korang pun drive balik kampung jugak. bangun je pagi ni, kepala aku pun rasa pening aje. lama tak drive malam kot?

aku ada lah dapat beberapa nasihat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, diorang suruh jumpa pakar anger management. fuhh, nak buat ape? tak perlu tak perlu. tapinya, bila aku duk sensorang fikir, kekadang aku terasa macam mungkin aku perlu pergi. aku pun tak tahu pasal apa. kebelakangan ni aku selalu marah-marah. sebelum ni ok je. semalam aje aku dah maki dekat 2 orang. satu kat pejabat pos, aku marah mamat yang duk kat kaunter ni, panggil dia “bapuk”. well, apa boleh buat. dia buat kerja terhegeh-hegeh sampai aku hilang sabar. line 4 orang je sampai nak dekat setengah jam menunggu. satu lagi aku maki apa tah, kat stesen minyak petronas kat rumah aku. aku panggil minah kat kaunter ni, nak mintak duit baki aku, minah ni boleh buat tak tahu je. aku tak peduli dah lepas tu, terus aje sembur walaupun ada banyak cctv kat situ. lantak le. mungkin aku kene kurangkan makan daging atau apa-apa chemical lain yang aku selalu telan. ataupun mungkin ni semua dugaan aku bulan puasa. atau mungkin juga sebab kl ni memang bandar yang penuh dengan stress. tapi yang pentingnya, aku perlu banyak-banyak bersabar. udah-udah le nak marah-marah orang ni. buat darah tinggi je. sakit nanti sapa yang susah kan? aku jugak…he he he. ok, nak tido dulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *