antara etika dan seronok

fuh…tinggal sepuluh hari lagi puasa. pejam celik, dah dekat 20 hari. tak tau lagi bila boleh jumpa bulan ramadhan ni. next year belum tentu. kalau ikutkan, aku nak tidur dah ni tapi tak boleh. mata tak nak pejam. mungkin sebab tadi aku pergi minum kopi. so, aku menulis aje lah. tadi shimi ambik aku kat rumah, pergi lepak-lepak. dia bawak alid. lama gile aku tak jumpa alid. dia pun dah grad, dah kerja, dah besar (hehe…), dah jadi working-class. so, disebabkan dia dah kerja, tak sah la kalau aku tak merasa duit gaji dia. kiterang pergi minum kat restoran dikayu. cam biasalah, order roti tisu. lepas tu lepak mru jap, aku nak print proposal database.

dalam pukul 3 lebih, aku pergi makan sahur kat satu restoran mamak terkemuka kat area pusat bandar kuala lumpur. aku pergi dengan family member. punya la berpusing-pusing cari restoran mamak, kebanyakannya full. well, hujung minggu. pukul 3 lebih lak tu. kiterang pun duduk order la kat restoran mamak tuh. kalau ikutkan, aku memang tak gemar makan kat restoran tuh. dulu ada sejarah silam kat situ. tapi sebab ada seorang ahli keluarga aku teringin nak makan kat situ, aku pun ikut lah. scene kat restoran mamak tu memang kacau-bilau. bising. aku teringat lah dulu aku makan kat restoran tu, order roti telur. tak sedap langsung. keras lak tu. so, aku order roti nan cheese. pun tak best langsung. time tunggu makanan tu, aku perhati la sekeliling. tengok anak muda melayu ramai gila ‘konker’ tempat tu.

ramai melayu kat situ aku tak kisah sangat. apa yang aku terkejut sikit ialah dressing diorang tuh. peh, sekor-sekor pakai seksa habis. tank-top, mini skirt, hot pants, etc. melayu tuh semua. bangsa lain tak nampak le plak camtu. so, best guess aku diorang ni semua baru balik clubbing dari disko yang terkenal dikalangan anak muda mudi di KL nih. tidak la nak cakap aku ni old fashion atau tak open minded. tapi, takkan le diorang ni time sekolah dulu belajar agama hanya untuk suka-suka atau terpaksa? tidak kah diorang ni tahu nak menghormati bulan mulia nih? ada la dikalangan kawan-kawan aku yang memang tersohor kaki clubbing, tapi bila bulan puasa, dia tahu nak stop sekejap. hormat.

ish ish…apa yang aku boleh buat, geleng kepala sendiri-sendiri lah. nak tegur kang, ada yang mampus kene pukul pulak kang. well, sekarang ni semua suka main pukul-bunuh, walaupun kita berniat baik. dari pemerhatian aku, kebanyakannya baru berumur 18 tahun. dah tak tahan nak merasa kehidupan enjoy muda mudi KL. mak bapak diorang ni tak kisah ke anak balik pepagi buta, berkepit dengan jantan / betina siang malam. mak bapak tak educated agaknya. ataupun dysfunctional family. tu belum lagi aku masuk bab free sex. kalau tak, panjang lebar le ‘ceramah’ aku kat sini. aku tulis ni takde le nak tunjuk aku ni bagus sangat. aku pun serba kekurangan. tapi aku cuba la nak elak buat benda-benda camni. aku sedih, melihat anak bangsa aku camni. habis semuanya hancur lebur. leka dengan dunia sementara ni. leka dengan fatamorgana. sibuk dengan hiburan 24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari. sia-sialah usaha pemimpin sebelum ni nak mendidik anak melayu supaya maju. silibus-silibus yang diajar kat sekolah dulu hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. camni ke bakal pemimpin negara? huh…taik kucing. okeh, sekian dulu ceramah aku untuk hari ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *