raya: day 4


horizon di highway pantai timur

uh…bangun lambat lagi hari ni. tengahari baru terjaga. selepas perbincangan ringkas, orang-orang tua memutuskan untuk balik KL hari ni. aku ok je. tak tau le kalau adik beradik aku yang lain tu nak stay lagi. lepas packing, salam-salam, terus berangkat ke KL. time driving kat highway ni pun bawak pelan-pelan je. bawah 110km/h. aku speeding pun bila dah masuk ke karak sebab time tu dah gelap. sebelum sampai rumah, family aku singgah makan kat syed dulu. tak sangka gak raya tahun ni aku dapat duit raya lagi. ha ha ha…dah 22 pun masih dapat duit raya. tapi aku ingat tak nak belanja aa duit tu, buat simpan dalam bank ok gak. boleh buat nak pergi umrah nanti…he he he…kalau dah siap transfer ke pc gambar raya aku tu, nanti aku letak dalam galeri gambar aku okeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *