gunting rambut

aku tak selalu pegi gunting rambut. saja suka-suka biar rambut panjang. ada gak kekadang teringin nak simpan rambut cam rockers-rockers tuh, kasi orang jeles. tapi masalahnya aku rimas kalau rambut panjang sangat. bangun pagi serabut. pening kepala, dsb. jadi, kalau aku terasa cam dah ‘tak boleh bla’, aku pegi gunting.

dulu-dulu aku ada la jugak botakkan rambut. bukan apa, saja nak try. lagipun tengah boring time tuh. kalau ikut ukuran shaver no, nombor 1 kalau tak silap aku. kawan-kawan tengok rambut aku, diorang ingat aku buat operation. huh, lol. botak ni ok jugak la. rasa dia best. sejuk dan aerodinamik. sekarang ni rambut aku kalau tak pendek, panjang sket aje la. gitu-gitu je style rambut aku.

ada yang bagi suggestion kat aku, suh buat styling lah, highlight lah. yang suruh buat perm pun ade. hoho. aku ni jenis old skool. takde la beriye-iye nak stylo kan rambut ni. potong gaya tu, gaya ni, gaya emo (huh, rambut gaya emo memang tak boleh blah. rasa cam nak bakar je rambut budak-budak emo tuh). janji nampak ok dengan aku suda ok.

kebiasaannya aku suka potong rambut kat area rumah aku. malas nak jalan jauh-jauh. aku memang regular customer satu kedai neh. loyal customer la kiranya. location dia bawah pokok. tokei dia memang kenal aku dengan ayah aku. dulu kecik-kecik aku selalu datang situ dengan orang tua aku. ada sekali tu rambut aku jadi eksperimen anak tokei kedai tu yang nak belajar gunting rambut. panas je hati bila tengok rambut aku ‘uneven’.

beberapa tahun dah berlalu, aku saja-saja tukar kedai sebab haritu kedai yang aku pegi selalu tuh tutup. balik kampung kut. tup tap, aku berubah angin, tukar kedai. pegi kedai yang baru tu. sebab apa? lepas gunting rambut, dia mesti buat urut-urut punya. kasi ‘letup-letup’ kan leher, urut bahu, dsb. rasa loose aje. memang layan. lagisatu kedai dia ada aircond. ha ha ha.

aku stay kat kedai tu dalam 2 ke 3 tahun je. biasalah, pekerja dia bertukar. jadi, orang baru ni tak ‘memahami’ rambut kita. ala, cam hantar kereta kat mekanik la jugak. kalau regular, mekanik ni dah tahu selok belok kereta kita. lebih kurang sama dengan rambut la jugak. kekadang mamat yang gunting rambut aku ni ‘overzealous’ sangat sampai nak buat kasi detail. lastnye, rambut aku yang tak ok.

satu hari tuh, rambut aku rasa cam dah panjang sangat. tak selesa. so, aku pergi balik kedai lama. nampak dah tukar orang. anak tokei rasanya, ntah aku tak tanya. tapi walaupun orang lain, dia mengikut kata dan memahami gaya terkini anak muda (ha ha ha). rambut aku pun dia potong ok. so, mungkin lepas ni aku stick kat kedai ni aje la. sempoi.

teringat aku kat strip kartun lat. dia cerita pasal tukang gunting rambut mamak. dia nak style macam elvis, sekali mamak tu potong gaya ala charlie chaplin. hu hu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *