habis pun

nyeh nyeh nyeh. akhirnye setel 3/4 kerja untuk tahun ni. aku pun tak tahu nak rasa apa. tapi yang pastinya aku rasa relax. takde gangguan. memandangkan ada sedikit masa free, boleh aku continue hobi aku. bulan puasa ni, banyak la pulak invitation bukak puasa. semuanya buffet pulak tu. ah, ape lagi. makan tak ingat dunia lah. memang alam semesta.

last week ada kawan-kawan ajak berbuka kat mc donalds. diorang suh layan pakej buffet berbuka mcd tuh. aku tengok price sampai rm20. gile ke? gile-gile pun, aku hulur la jugak 2 keping merah kat kaunter tuh. hah, bile mamat staff mcd tu datang meja kitaorang nak order, memasing order macam esok tiada lagi. aku pun termasuklah. 2 big mac, 2 double cheese burger, 3 aiskrim, etc. ini nak kasi sapa makan neh?

aku? habis gak le telan semua tuh kecuali aiskrim. aku dapat layan 1 setengah aje. perut dah tak ble bla lagi. aku rasa staff mcd tu pun takut tengok meja kitaorang neh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *